Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lama sangat berehat daripada mengupdate blog nie. Bukan tak ada cerita, ada je cerita. Cuma masa untuk mengupdate tu tak ada. So without further ado, kali nie nak review pasal makanan. Nak share pasal satu restoran yang ayah aku discover, di mana harga makanan dia terlajak murah.
Kalau korang tengok harga makanan nie dan masih lagi tak meroyan, aku tak tahu lah.
Something wrong somewhere lah tu.
Come one lah, zaman era GST nie, boleh ke dapat Lamb Chop harga RM6.50 ? Almost mustahil kan. At first masa ayah aku ajak makan lamb chop harga RM6.50, aku rasa macam yok yok o aje ayah aku nie. Mana ada lamb chop harga semurah itu. Ye dakk ?
But then bila dah sampai tempatnya, barulah percaya. Ya Allah, awat murah sangat nie. Bukan tak bersyukur dapat harga murah lagu tu, cuma rasa pelik bahawa restoran macam nie masih lagi ada pada era GST nie. Aku doakan semoga terus maju perniagaan orang nie.
Aku memang hantu daging kambing. Boleh meroyan rasanya nampak kambing bakar. So lamb chop selalu menjadi sambaran utama aku (Itupon kalau harga dia tak terlalu mahal lah).
Almarhum Nasi Ayam Tempayan, RM 3.50
Ya Allah sungguh tak tipu. Nasi ayam nie seriously sedap gila. Nasinya lembut and rasa manis-manis sikit. Kuah dia takyah cakap, memang lazat. Ayam dia, perghhhh ! Rasa macam nak order banyak kali pon ada. Nasib baik lah perut nie ada kuota, kalau tak memang repeat order. Harga pon RM3.50 je weyhh. Gila nasi ayam semurah itu ? Dah lah murah, sedap pulak tu. Recommended !!
Almarhum Lamb Chop, RM 6.50
Sangat lazat ! Aku cakap nie bukan sebab aku hantu daging kambing tau, tapi ia memang betul-betul lazat. Daging nya lembut tak kenyal. Senang untuk dimakan. Kuah dia, Allahu. Tak tahu nak describe macam mana. Sedap sangat uolss !! Iols order dua lamb chop tau. Not to mention, before balik tu tapau lagi dua lamb chop. Kbai. Highly recommended !!
Almarhum Chicken Chop, RM 5.50
Iols kalau dah dapat lamb chop, chicken chop pandang nampak tak nampak je. But this also recommended. It's RM 5.50 after all, Very cheap okay. Sedap sangat. Portion pon agak besar.
Ada lagi satu menu yang kami order (Blame me for being so lahap sampai lupa nak ambik gambar dulu), namanya nasi kambing gunung berapi ke apa ntah. Tak ingat. Harga dia RM 8.50. Rasa dia memang thorbaek. Daging kambing yang dia bagi pon banyak gila. Yang tak makan pedas, memang akan rasa terbakar, sebab pedas sangat. So for those yang tak makan pedas tu, jangan cuba-cuba okay. Menangis 7 malam tak tidur nanti. But worth of try i guess. Boleh rasa daging dia, sangat sedap. Kuah dia je yang pedas. Untuk iols yang lidah desa nie, makanan pedas is a must.
Sangat recommended !! BTW, Nasi Kambing Gunung Berapi nie menu baru kat situ. Tiada dalam menu yang dia senaraikan. Dia nak tukar dah kot paparan menu dia, waitress tu bagi tahu.
Maaf, muka desa sangat masa nie. Insecure rasanya nak tunjuk dekat public. Bhahaha
Eh kenapa banyak sangat benda menarik dekat restoran nie. Dah lah harga terlajak murah, makanan pulak sedap-sedap, servis pulak tiptop, air pulak boleh refill. Tak ada alasan langsung untuk tidak datang ke restoran nie. Korang semua kena try datang sini tau. Berbaloi sangat weyhh !!
For those yang ada makwe tu, kalau ampa semua nak pi dating, boleh lah bawak awek ampa ke sini. Sangat jimat okay. Dah lah dapat meluangkan masa bersama si dia yang tercinta, duit pulak tak habis banyak. Awesome kan ?
Tapi kalau dia tu jenis demand nak cafe-cafe hispter je, boleh fikir dua ratus lapan puluh lapan kali lah sama ada dia tu sesuai buat bini ataupon tidak. Nampak tak habang siap bagi tips nak cari bini sekali kat sini ?
Restoran nie restoran biasa je, tak ada lah se-gah cafe-cafe hispter yang ada sekarang. Tapi apa yang restoran nie offer, jauh lebih baik daripada cafe-cafe hispter tu semua tau. So pakat-pakat bawah mak ayah satu family datang sini. Nak bawak satu kampung pon boleh.
Alhamdulillah, masa kitorang datang nie tengah hujan. Agak lebat lah, jadi orang tak ramai sangat. Kalau dah hujan pon dah penuh satu restoran tu, boleh bayangkan tak, kalau hari tak hujan macam mana ? Kena tunggu giliran uols.
Tunggu apa lagi ? Ayoh ke sana ramai-ramai. Details nya adalah seperti berikut :
Kampung Batu 7, Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor
Tel : 014-2306320
Facebook Page : MAIPI CORNER
Website : MAIPI CORNER
Waktu Operasi : 11am - 3pm , 5pm - 7pm, 8pm - 11pm.
(Cuti Umum tutup)
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Terupdated jugak akhirnya blog aku nie. Mohon diberi kelapangan waktu untuk mengupdate lagi. Cerita pon dah banyak tertangguh dah nie. Maklumlah, nak hujung-hujung sem nie, banyak pulak benda nak kena buat. Semoga dipermudahkan semuanya untuk seorang Zharif. Amin. Doakan tau =)
See ya !
wah, murah sgt ni
ReplyDeleteomgg murah gilaa T__T dahla murah, nmpk sedap lak tuu. nanti kalau singgah shah alam boleh datang makan sini
ReplyDeleteomg..terus teringin nk bwk fmly jgk pi sn try mkn..huhuhu..thanks sharing the info
ReplyDeleteWow..macam sdap jeee..
ReplyDeleteNak p lah..
Tq info :)
Assalamualaikum. Waktu operasi tu salah... Tolong ubah. Terima kasih
ReplyDelete