Thursday, November 20, 2014

Stone Mountain GA

Assalamualaikum

Balik dari Six Flags malam tu, perjalanan ambiL masa dua jam untuk sampai ke Milledgeville. Aku sampai je bilik dalam jam 2.30 pagi. Sampai je bilik, aku terus tidur sebab besoknya aku kena bangun pagi-pagi untuk ke trip yang seterusnya iaitu trip menuju ke Stone Mountain. Trip ini dianjurkan oleh Baptist Collegiate Ministries. Kami berkumpul di BCM seawal jam 9.30 pagi. Lokasi BCM mengambil masa 12 minit berjalan kaki dari dorm aku.


Sebaik sahaja semua dah berkumpul, maka bertolaklah kami 18 orang dari BCM menuju ke Stone Mountain. Stone mountain terletak di sekitar Atlanta. Dua jam juga perjalanan untuk menuju ke sini dari Milledgeville. Penat aku masa tu, padahal baru je balik dari Atlanta malamnya tu, paginya pergi semula ke Atlanta.
  

Trip yang diadakan oleh BCM ini bersempena untuk mengumpul semua pelajar antarabangsa dari setiap universiti yang terlibat. Jadi, hanya pelajar international sahaja yang boleh join trip kali ini. Aku pon agak teruja untuk berjumpa dengan pelajar Malaysia yang lain. Plus, kawan aku yang turut berada dalam exchange student program nie pon kata dia bakal berada di situ juga. Kami dapat universiti di negeri yang sama, tapi tak pernah dapat peluang untuk berjumpa. Inilah peluang untuk kami bertemu.


Tapi malangnya, dia tak dapat datang. Tak apalah, tak ada rezeki. BTW, kitorang tak terus pergi ke Stone Mountain tu. Kitorang berkumpul dulu dekat satu tempat. Kira macam nak berkenal-kenalan dengan pelajar-pelajar lain. Siap ada makan-makan sekali.


Lama juga tau kitorang dekat sini. Hampir 2 jam. Makan tak habis-habis dan borak berjam-jam. Aku dahlah malas sikit bab-bab nak bersosialisasi nie. Tapi yang bestnya tu, dapatlah jumpa pelajar-pelajar Indonesia. Boleh lah aku menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Ramai juga pelajar Indonesia dekat Georgia nie.


Lepastu semua berkumpul. Dengar taklimat apa benda entah. Walaupon matahari dekat atas kepala, tapi tak adalah panas sangat. Panas sikit je. Kalau dekat Malaysia, confirm dah bertukar warna kulit masa tu juga.


Orang tu bahagikan kami semua mengikut benua. Pelajar dari Asia paling ramai. Aku ingat pelajar dari europe yang menguasai, rupa-rupanya asian lagi hebat. Trip nie pon aku berharap dapatlah jumpa pelajar-pelajar Malaysia, tapi malangnya tiada. Takkanlah sorang pelajar Malaysia pon tak ada dekat Georgia nie. Pelik betul. Lepas dah selesai tu, barulah kami semua bertolak menuju ke Stone Mountain. Tak jauh pon dari tempat kami berkumpul nie. 


Nak ke puncak Stone Mountain, kene mendaki sedikit untuk sampai ke atas. Ada perkhidmatan cable car disediakan tapi malaslah pula nak habiskan duit semata untuk naik cable car. 9 USD sekali naik kalau tak silap.

 

Lupa nak bagi tahu, Stone Mountain nie diberi nama bersempena fizikal bukit itu sendiri. Biasanya bukit majoriti terbentuk daripada tanah dan jadilah bukit. Tapi Stone Mountain nie bertanahkan batu. Kalau dari jauh, korang tengok Stone Mountain nie ibarat batu besar yang jatuh dari angkasa mendarat dekat bumi.

Boleh bayangkan tak, besar batu nie macam mana ?




Pendakian di Stone Mountain nie tidaklah susah pon dan tak mencabar langsung. Rasa macam berjalan kaki biasa je. Tak curam pon. Tapi boleh tahan penat jugalah walaupun tak mencabar. Tak rasa sangat penat tu sebab cuaca sejuk. Cuba kalau iklim panas, mahu lencun baju dibuatnya.



Bila dah sampai dekat puncak, silau matahari sangat menjadi-jadi ya. Walaupun ada matahari jelas kelihatan, tapi sedikit pon tak rasa panas. Rasa sejuk berembun. Tak adalah sampai tahap sejuk menggigil. Kalau aku masih tak keluarkan jacket aku, itu maksudnya kesejukan dia bearable. 


Tiang cable car. Serius besar gila tiang nie. Satu cable car tu aku rasa boleh memuatkan seramai 50 orang. Tak pasti berapa kapasiti yang boleh dibawa dalam satu masa. Tapi kira ramai jugalah bila nampak mereka turunkan penumpang.





Tak lama pon dekat atas nie. Lebih kurang dalam 15 minit dah kene turun balik. Hampehh je, Mendaki punyalah penat, tapi tak boleh nak stay lama. Sebabnya belah malam ada pertunjukan laser show. Kena turun awal untuk dapatkan tempat yang terbaik untuk tengok laser show tu. Kalau lambat turun, nanti padang tempat nak tengok laser show tu penuh.







Terjumpa seorang lagi pelajar dari Indonesia. Kawan aku yang tak dapat hadir tu, nama dia Nor. Nor jumpa pelajar Indonesia nie masa sambut aidiladha, aku pula jumpa dia semasa trip ke Stone Mountain nie. Masih rasa terkilan kenapa Nor tak dapat datang masa nie. 


Sebaik sahaja sampai di padang, masa untuk punggah barang dan cari spot yang menarik untuk berkelah. Baik sangat tau BCM nie. Siap bawakan kitorang makanan lagi. Bayar 5 USD je. Tapi semuanya ditanggung. Makan minum dan kenderaan pergi balik termasuk sekali dengan bayaran tu. Berbaloi betul trip ke Stone Mountain nie.


Cantik tak, ukiran dekat batu tu ? Menarik. Aku tak tahu simbolik di sebalik ukiran batu di dinding Stone Mountain nie. Aku syak mungkin orang yang jumpa negara America nie kot. Laser Show ini akan dipancarkan di permukaan dinding Stone Mountain nie.


Semua orang dah mula berpiknik. Makin malam makin ramai pula yang datang. Nasib baik kitorang datang awal dan cop tempat dulu. Kitorang duduk betul-betul dekat tengah-tengah batu tu. Kira kami dapat spot yang terbaiklah.


Tudia semua sibuk buat sandwich masing-masing. Aku punya sandwich macam sedih sikitlah rupa dia. Cuma mampu makan dengan cheese je sebab benda lain "tak boleh" makan. Apa rasa makan roti dengan cheese ? Tak rasa menda. Rasa tawar gila. Benda alah bulat tu serious sedap gila. Dia macam biskut tapi macam kek. Aku tak tahu nak terangkan macam mana tekstur dan rasa dia. 



Tunggu dekat 1 jam lebih barulah laser show bermula. Lebih baik kitorang stay lama sikit dekat atas puncak tu kalau tahu laser show nie mula lewat. Tapi kalau datang lewat, tak dapatlah spot yang terbaik. Aku ada record video laser show tu. Berdurasi 40 minit ye kawan-kawan. Gigih record selama itu semata-mata nak berkongsi dengan kawan-kawanku di Malaysia. Haruslah korang rasa terharu.


Serius sejuk gila-gila kot bila hari dah gelap. Nasib baiklah aku bawa sweater. Tapi malangnya sweater aku tak tebal mana pon. Masih rasa sejuk dan buat aku menggigil. Nasib baik aku bawa gloves, sebab tangan aku mudah sangat rasa sejuk. Sedikit sebanyak dengan adanya gloves nie tak ada lah sejuk sangat. Orang lain semua well prepare tau. Kerusi, cadar, bantal, tilam semua angkut bawa ke padang. Aku memang clueless habis. Aku tak tahu pula laser shownya macam tu. Kalau tahu, aku bawa dengan katil-katil sekali.


Sebaik sahaja laser show tamat, kami pon bertolak pulang ke Milledgeville. Kitorang datang sini naik 4 buah kereta. Kenapa tak naik bas ? Sebab BCM nie bukannya organisasi di bawah universiti kitorang. Dia macam gerakan komuniti setempat. Gituhlah, tak tahu nak terangkan macam mana.

Masa kami sedang bergerak pulang, kereta yang aku naiki tiba-tiba rosak. Lama-kelamaan kereta tu jadi perlahan dan asap mula keluar dari bonet depan dan dalam kereta. Asap hitam pula tu yang keluar dalam kereta. Siapa yang tak cuak. Terus kami semua cepat-cepat keluar dari kereta.


Sebelum tu, okey je kereta nie, tapi lepas dah langgar haiwan apa benda entah, dari situ dia mula meragam. Masa tu aku tengah tidur, tiba-tiba pemandu kereta jerit kuat gila. Bunyi hentakan sangat kuat sekali masa menghentam binatang tu. Terus aku terbangun.


Maka, tersadailah kitorang dekat luar selama satu jam. Seriously sejuk sangat weyh. Nak masuk dalam kereta, cuak pula sebab kereta bau asap. Tersidailah kami di luar bersaksikan bintang-bintang di langit malam tu. Yang bestnya tu kan, dekat Amerika nie, bintang-bintang dekat langit nampak jelas sangat. Banyak pula tu. Cuma yang tak best tu, sejuk lah. Menggigil-gigil dibuatnya.

Lepas dah satu jam lebih, barulah ada orang datang ambil kitorang. Sampai bilik dekat jam 2 pagi. Penat sangat, tapi best. Trip paling murah, bayar 5 US dollar je kot. Hihi

4 comments:

  1. bestnye...pengalaman yang menarik..teringin pulak nak experience semua nih..hehe..tq sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang seronok sangat =) you are most welcome ! =)

      Delete
  2. Subhanallah cantik sangat! Fit tak kau bila kau mendaki tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik kan ! aku pon terkesima bila dah sampai atas tu... fit lah sangat. lecak ketiak adalah.. tp disebabkan sejuk so tak rasa sangat penat tu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...