Sunday, November 11, 2012

My off day

Assalamualaikum

Bila dah bekerja nie, kau akan sangat-sangat menghargai hari cuti kau. Kerja 6 hari seminggu, dan bila dapat satu hari off day, kau akan sangat tertnanti-nanti. Kau mula merancang apa yang nak dibuat sewaktu hari off day tersebut. Jadi dengan itu, aku rancang off day aku untuk jalan-jalan ke Kuala Lumpur. 


Pada 1 November yang lalu, aku dengan semangatnya bangun pagi-pagi buta untuk ke stesen bas. Ya, naik bas je untuk ke Kuala Lumpur. Malas nak memandu kereta a.k.a jimat kalau naik pengangkutan awam. Sampai dekat Pudu Raya, singgah bersarapan di McD. Sarapan di McD pada hari biasa murah, satu set RM5 je. Jadi mari kita manfaatkan. Terus beli 3 set terus. Hahahaha


Selesai bersarapan, naik bas dari Pudu Raya menuju ke Times Square. RM1 je naik bas nie. Untuk kunjungan aku kali nie ke Times Square adalah untuk bermain indoor theme park mereka. Dah lama tengok dari luar dari hari tu, tapi tak terjejak kaki dalam nie. Ini kalilah kita masuk ! Macam-macam permainan aku cuba dalam tu. Memandangkan pergi pada hari biasa, jadinya tak ramai orang. Seronok dapat main banyak-banyak kali tanpa perlu beratur dan tunggu lama.




Oleh kerana indoor theme park nie membenarkan pengunjung untuk keluar dan masuk semula, jadinya kami keluar sekejap untuk makan tengahari, lepastu masuk semula main lagi. Lepastu keluar lagi untuk main bowling, then masuk semula ke indoor theme park tu. Motif sangat keluar masuk keluar masuk. 


Ouh ya, dekat Times Square nie ada satu kedai nama dia Crepe2U. Tengok ramai betul yang beratur dan makan makanan yang dijual dekat Crepe2U nie. Crepe2U menjual crepe yang berperisa. Macam-macam perisa ada. Ini merupakan kali pertama aku mencuba crepe nie. Tak tahu nak pilih flavour apa, tapi untuk selamat, aku beli perisa chocolate oreo sebab perisa nie merupakan best seller dekat sini. Even the crew suggested us to try this flavor.



Betul memang sedap ! Sampai dua kali aku beli weyh, jadi ketagih pula bila lepas rasa tu. Aku ambil set A yang didatangi dengan air. Kalau korang datang Times Square nie, jangan lupa cuba okay, dan ianya HALAL. Lepas dah makan crepe nie, aku terus naik bas untuk pulang semula ke Banting. Satu hari berjalan dalam Times Square. Seronok ! Maka dengan itu, tamatlah cerita hari cuti aku.


Ouh ya, alang-alang dah cerita pasal off day, pada 6 November yang lalu aku off day lagi. Tapi kali nie tak ada pergi berjalan jauh pon. Hanya keluar makan dekat McDonalds Banting je dengan adik bongsu aku. Dia nie pantang ajak makan, laju je.



Okay itu saja, tak sabar nak tunggu hari cuti seterusnya. Lepas nie apa lagi aku nak buat pada hari cuti aku ya ?

Post edited : August 2021

18 comments:

  1. bapak best!!!!!! taktau nak sentuh part mana. tengok makanan tu sedap gila. hahaha .laparrr -_-

    ReplyDelete
  2. huyooo .. crepe tuu sngt ohsemmm .. ~ =) then picha PESANAN PENAJA .. --> comel ^____^ sebab ade braces disitu =) hohoho

    ReplyDelete
  3. wah lapar dibuatnya tgk makanan yg awak makan :) anyway , best entri ni , buat rasa teruja nak pergi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi jangan tak pergi =) murah dan berpatutan ^^

      Delete
  4. saya dah baca semua entrie zharif :) biasanya jadik silent reader je,arituh, malunya kat abah saya. Sebab masa sy tengah baca blog Zharif, saya tengah sengih sorang2, ketawa sorang, *sebab blog zharif kan best + lucu ! Pastuh, sy tak tau abah saya tengah perhatikan saya. pastuh dia sergah saya dari belakang ! Bapakkk, malu sangat! Hahaha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uwaaa terima kasih asnida =') serious terharu . huhu
      teruskan membaca yerr =)

      Delete
  5. wahhhhh mekdi float lah best har har

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu dah biasa sangat , buat kat rumah pon boleh =D

      Delete
  6. zharif
    tq sudi ke blog ..kereta sewa dilgkawi sentiasa ada dnt worry..harga ikut pada kereta apa yg kita nak..klu mywi..dlm 70 rm shj..klu nk keta best..hargnya pun agk best jgk yer..ha hhaaa..hotel pun byk..x pyh book dulu pun x apa..kami pergi pun x der book2..sbb x rncang..sampai sana semuanya ada.:) happy holiday.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx for the info =) takut je xde kereta bila sampai sanan nanti =) huhu . Thanx ^^

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...