Sunday, September 2, 2012

Lebaran 2012 : Episod 4

Assalamualaikum 

Lembab benor aku nak siapkan episod terakhir hariraya aku nie. Padahal kat rumah bukanlah sibuk sangat pon. Dah hampir basi dah mood raya. Apa-apa pon, mari kita sambung cerita episod hari raya aku.

Hari Raya Keenam


Lepas solat jumaat, kawan aku ajak pergi beraya. Dorang nie time pagi-pagi tak adalah pulak ajak nak pergi beraya. Dah dekat-dekat matahari nak tenggelam baru lah ajak. Jadi rumah pertama pada hari tersebut ialah rumah Farah. Kitorang satu kelas masa sekolah menengah dulu. Mula-mula tu, memang kitorang bertiga jelah beraya, but then bila kami beraya ke rumah kedua iaitu rumah si Termidzi, bertambah-tambah ahli beraya.


Termidzi nie pon geng sekolah menengah aku juga. Habis je pergi rumah Termidzi, kitorang pergi beraya rumah cikgu sejarah kitorang masa form 5 iaitu Cikgu Hasni. Seronok pergi rumah Cikgu Hasni sebabnya dia jenis yang kelakar dan pandai melawak. Tapi sedih sikit sebab Cikgu Hasni lupa nama aku. Macam manalah dia boleh lupa nama budak yan selalu tidur dalam kelas dia ?



Balik dari rumah Cikgu Hasni, kitorang terus pergi ke rumah Ustazah Alizawati. Rindu sangat dekat ustazah. Ustazah nie cikgu Syariah Islamiyah daan Quran Sunnah kitorang, juga merangkap guru kelas kami dari form 4 sampai form 5. So memang hubungan kitorang ibarat ibu dan anak. Eceyhh.



Lama juga kami beraya rumah ustazah. Maklumlah setahun sekali je dapat jumpa lepas dah habis sekolah. Tu yang borak lama sikit. Sebenarnya masa nie, ibu aku dah bising sebab aku tak balik lagi. Malam tu kami satu keluarga nak pergi keluar makan sama-sama, tu pasal dia bising sebab tengok aku tak balik-balik.


Ibu aku nak belanja kitorang satu family makan dekat Q Thai Avenue Restaurant. Dah lama dah ibu aku rancang benda nie tapi malangnya, bila adik perempuan aku balik asrama, adik laki aku pulak tak ada dan begitulah seterusnya sampai abang Jamil mam..... Masa cuti raya nie ejlah cukup kuota semua ada dekat rumah.













Best sangat dapat kumpul satu keluarga macam nie. Bukan selalu. Dapat pula makan banyak-banyak sampai tak ingat dunia, makin bertambah-tambah seronoknya. Tapi jangan seronok sangat, setiap 100gram pembaziran akan dikenakan caj. Hehe


Satu kepala untuk steamboat sahaja RM 23. Manakala untuk yang sizzling dan steamboat macam yang kami makan nie RM 27 satu kepala. Air kira lain harga. Bolehlah, not bad. Harga pon tak adalah mahal sangat. Berbaloi pn berbaloi jugak. Bahan-bahan meriah.

Hari Raya Ketujuh

Jam 8.30 pagi dah bersiap nak pergi beraya dengan kawan-kawan. Nak pergi beraya satu rumah je tapi lokasi kali nie agak jauh. Kami pergi beraya rumah Hafizi. Juga kawan satu kelas.



Sampai dekat rumah dalam jam 2 petang macam tu. Kenyang sangat balik dari rumah Hafizi sebab makan banyak gila tapi sedara aku yang depan rumah ada buat open house. Jadi kenalah makan lagi. Tak elok tolak rezeki katanya.


Malam nya pula, aku dan keluarga beraya ke rumah kawan ibu aku. Pon makan lagi. Haihhh banyak betul makan.



Makhluk yang berbaju kuning tu datang rumah aku petangnya, so kene angkut dia sekali pergi beraya.

Hari Raya Kelapan

Tak pergi beraya pon, cuma pergi dengan si Faries makan Tutti Frutti yang baru buka dekat Banting nie. Masa first day buka, santak ramai yang datang. Kitorang pergi hari ketiga kedai tu beroperasi. Orang pon dah kurang sikit tapi masih ramai.


Ada diskaun, tu yang pergi tu. Almaklumlah, baru bukakkan. Macam-macam dah ada dekat Banting nie. Kira tak payah pergi jauh-jauh. Kat Banting pon dah cukup.

-------------------------------------------------------------------------

Ini sahaja episod raya aku untuk tahun ini. Cukuplah sampai hari raya kelapan je aku cerita. Beraya pon cuma seminggu je. Hari lain semua dah busy kerja, dah busy nak sambung belajar.

Post edited : July 2021

8 comments:

  1. best entry =) yang pic conteng2 muka tu ? haha . kelakar =) but .. PATRIOTIK sangat ^_^ hahaaaa

    ReplyDelete
  2. Tuti frutty sgt sedap..btw gmbr aku hensem2 oh =P

    ReplyDelete
  3. I wish boleh raya banyak rumah hari tu. Rindu orang Malaysia (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan , banyak rumah tak raya . tak sempat >__<
      entah bila lah kan orang tu balik malaysia lagi =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...