Wednesday, March 25, 2015

Beautiful Savannah GA

Assalamualaikum and Hi everyone !

Masa bulan November nie, agak meriah sikit lah hidup aku kat sana. Tiap minggu ada je tempat yang di tuju. Lepas balik dari Athens tu, next week nya pulak aku pergi Savannah.

Savannah is part of Georgia. It is a very beautiful and big city. If i'm not mistaken, the city ranked second for the most friendliest city in the USA and is listed in 20 beautiful places in USA. I can't remember where i get this source from but yeah, isn't that great ?


Thanks to our American friends, Kelly and Laura, who drove us (Me, Taka and Eri) to Savannah. They both are such a lovely and nice people. You will see Kelly a lot after this post. I'll tell you more about her later. Can't wait to update my next story ! =)

The night before, we made Onigiri. Kitorang prepare makanan siap-siap so that besok time dekat Savannah tu boleh save bajet sikit bab makan tengah hari. Onigiri nie nasi gumpal-gumpal. Japan traditional food.

Tapi masa kami buat nie, kami buat onigiri biasa-biasa je. Tak letak perisa, masa international dinner, dorang bubuh perisa. Tunggu naa entri untuk international farewell dinner akan datang. And i just realized that i didn't take any photo of us making the onigiri. Goshhh ! You may google them to know what onigiri is.


Kalau korang google Milledgeville, tempat aku nie betul-betul kat tengah-tengah Georgia. Savannah pulak duduk paling tepi. So ada pantai. Kitorang memang aim nak gi pantai pon. Dah lama sangat tak pergi pantai. Dari Milledgeville ke Savannah ambil masa 3 jam tau.

Kitorang bertolak jam 9.30 pagi. Sampai sana tengahari dalam jam 12.30 macam tu. Kalau kat Malaysia, memang tobat lah pergi pantai tengah-tengah hari. Tapi kat sana, pergi tengahari rasa syok je. Sangat berangin dan sejuk. Kuat gila angin tiup. Sampaikan burung nak terbang lawan arah angin, tak boleh. Terus jadi statik macam tak terbang. So boleh bayangkan tak kuatnya macam mana ?

Onigiri with eggs, simple but delicious =)

Tapi pantai yang kami pergi nie, tempat tu nama dia Tybee Island. Seriously tak sedar yang aku pergi tu merupakan sebuah pulau. Lulz. Pulau besar lah kiranya. Memang tak rasa macam dekat pulau pon.


Dia macam ada satu beranda nie, panjang laluan dia dari daratan ke lautan. Kitorang duduk dekat laluan panjang tu. Dia ada sediakan kerusi. Dinasihatkan segala jadah benda ringan please jangan bawak. Confirm terbang then consider takkan jumpa lagi. So berhati-hati. Even manusia sendiri pon susah tau nak jalan kedepan sebab terlampau kuat angin dia. Kalau ko melompat memang melayang lah jawab dia.

Ini pemandangan dari tempat kami duduk. Ini pandangan dari arah lautan ke daratan

Ini pandangan dari daratan ke lautan. The flag supposedly berkibar dengan gah nya, sorry

Now you get the image of what i try to explain ?

Selain itu juga, kalau bawak makanan, memang kena sentiasa tengok. Sebabnya memang banyak sangat burung kat sini. Macam-macam jenis burung ada. Burung pulak jenis degil tak takut manusia. Ko datang dekat dia, dia tak terbang pon. And soal taik toksah cakaplah. Memang bersepah. So kalau terkena berak dia, kena redha lah.


After we finished eating, we went to Laura's car and kept all the foods left, in her car. Lepastu kami pergi ke pantai tu balik. Dari tempat parking nak ke pantai tu ada banyak lah kedai-kedai yang jual cenderamata and restoran. Singgah kat tempat-tempat jual cenderamata usha-usha harga. Harga boleh tahan lah mahal.




Lepas dah jelajah kedai-kedai tepi tu, kami pon balik semula ke pantai. The beach is to die for. The sand is so soft compared to ours. Masuk mata memang sakit woooo. Pantai nie memang bukan untuk buat mandi pon. Ombak kuat sangat.





Pasir dia memang lembut sangat, tapi bila dah nampak akar-akar yang menjalar macam semak kat belakang tu, sila lah berhati-hati buat mereka-mereka yang tak pakai kasut. Banyak buah-buah berduri. Bukan buah tapi macam benda bulat-bulat berduri. Tak tahu nak kategorikan sebagai apa.

Sesi mengalih buah-buah berduri katanya 

Lepastu kami pon cuba berendam-rendam kaki kat pantai tu. Ouhhhh memang idea yang silap. Sejuk teramat. Ombak dia sangat kuat. Dia boleh menarik kot. So memang aku tak berani lah nak duduk-duduk dekat dengan air-air tu. Aku sedar, aku tak tahu berenang.



Takafumi jumped so high 






Sorry Kelly for blocking your face =D


Jeles sangat tengok ketinggian Takafumi. His height is 184 cm. Kita rasa insecure lah berdiri sebelah orang tinggi-tinggi nie. Kita rasa sedih sebab umur dah 22 tak boleh nak tinggi lagi T__T

It was a good time =')



Nie baru habis cerita pasal pantai dah panjang berjurai macam nie. Belum lagi tempat-tempat yang kami lawati lagi. Lepastu kami gerak pergi ke Forsyth Park, Savannah. Kat sini lah the main attraction dia. Kat Savannah nie, dia ada satu trademark di mana, kalau nampak satu benda tu, ko akan tahu yang itu merupakan Savannah. Ce teka apa dia ?



Aku boleh agak korang malas nak teka, so aku bagi tahu jelah jawapan dia.

Ini lah jawapan dia, pokok


Pokok-pokok kat sini unik sikit bentuknya. Memang trademark lah Savannah dengan pokok nie. Kat pokok tu dia macam ada jaring-jaring. Ia sejenis tumbuhan jugak tapi tak tahu apa dia. Kata orang kat sini, jangan pegang jaring-jaring tu sebab dia macam ada kutu-kutu parasit halus. Agak bahaya lah jugak.

Lalu bawah pokok takper, asal jangan usik.

Nie hah benda nya


Memang cantik sangat taman nie. Rasa aman je. Satu yang seronok dekat Savannah nie, temperature dia. Dia tak panas dan tak terlampau sejuk. Jadi memang best sangat nikmati alam sekitar dengan suhu macam nie.



Zharif with his selfie stick berpisah tiada

Kalau pergi US, korang jangan lupa bawak monopod nie tau. Mat-mat salleh semua kagum dengan benda nie. Dorang tak pernah terfikir ada orang invent benda yang maha hebat ini. Masa aku kat New York kan, dorang ...... Eh cerita New York nie kita simpan dulu lah. Nanti aku update.






We stopped by at this church, Cathedral of St. John the Baptist. It is a really beautiful church. Visitors are allowed to come in and take pictures. I took this opportunity to explore the church.




Amazing !



I would say that it is the beautiful-est church I've ever been to. Ukiran dekat dinding sangat cantik. Putso much effort, sangat attention to detail. The combination of the color is just amazing. Love the architecture also.



Savannah Georgia nie merupakan capital city pertama untuk Georgia. So Savannah nie lebih kurang macam Melaka lah kiranya. Banyak peninggalan sejarah. Dan suasana dia pon lebih kurang macam Melaka. Sana sini bangunan semua cantik-cantik dan unik. Aci tak kalau aku cakap Savannah nie lagi cantik dari Melaka ?


Selain perkhidmatan kereta kuda, dorang juga ada perkhidmatan beca. Tapi beca dorang tak secantik beca kita lah. Kita punya beca cantik-cantik. Dan lagi satu, ada satu jenis kenderaan pelik nie, di mana, dia macam meja makan tapi meja makan bergerak. Sape yang duduk situ dorang kena sama-sama kayuh. Tengok video bawah nie untuk gambaran yang lebih jelas.


Di samping dapat explore pemandangan, ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. Dan jugak menyihatkan tubuh badan. Tak begitu ?


Yang macam bas nie pon ada. Best dekat negara omputih nie, dorang tak perlukan aircond pon. Cukup dengan suhu sedia ada dah cukup. Jimat.

Hari semakin gelap, suhu semakin sejuk. Nie yang aku tak suka nie. Aku kalau dah start nak gelap aku cukup tak gemar nak keluar. Kulit still tak boleh nak adapt dengan suhu sana. Frankly speaking, suhu sejuk menyebabkan mood aku untuk meneroka jadi down. Aku tak tahan.


Tempat nie luas. Semua attraction places semua dalam satu kawasan. So memang seronok menjelajah. Sama macam Washington DC. Nanti aku cerita trip aku ke Washington DC yerp. Lambat lagi lah tapi.

Then sampai satu masa, kitorang dah pon berjalan sehinggan ke pelabuhan which is paling hujung lah kiranya.



Don't know what is the name of this jambatan. 


Kami pon berjalan sekitar-sekitar situ. Banyak lah cenderamata boleh di beli kat sini, tapinya kan. Fulus tak mengizinkan. Seingat aku, aku tak beli apa-apa rasanya kat Savannah nie. Cuma keluar duit utnuk dinner je. Lagipula, aku nak shopping habis-habisan dekat-dekat nak balik Malaysia. Memang shopping all out aku masa tu.


Apa yang menarik dekat kedai The Mad Hatter nie ialah banyak jenis topi dijual dalam nie. So kami nie cuma mampu melaram jelah. Nak beli nanti bila pulak nak pakainya kan. So kami pon berhabis waktu dekat dalam kedai nie untuk melaram je. Itupon sudah cukup menggembirakan kami semua.


Dorang nie pon gila-gila, so syok lah keluar macam nie. Semua topi kami cuba. Selain itu jugak kan, dekat deretan kedai nie, banyak jual aksesori wanita tau. Since saya tak ada girlfriend, tak ada lah aku beli. Memang niat tu ada nak beli tapi tak apa lah. Tak nak menaruh harapan tinggi sangat, takut kechewa dikemudian hari nanti. Eceyhhhh.


Seriously cantik-cantik tau. Dia ala-ala design zaman purba punya. Sangat klasik lah


Dan yang paling famous bila datang Savannah nie ialah, dia ada satu kedai nie. Yang mana ia jual bermacam-macam jenis cokelat, gula-gula, you name it. Seriously weyh rasa macam dalam Charlie and The Chocolate Factory ke apa tajuk cerita tu. Memang nikmat syurga lah bila datang sini.


Dessert-dessert dia memang mencabar keimanan sangat. How can people resists this, tell me how ?

HOW !!!!! T___T


Ikutkan tekak memang rasa nak beli banyak-banyak, tapi ikutkan wallet dia meraung pulak. Jadi ada contradiction di situ. So hanya mampu makan yang tester je. Itu pon sudah memadai. Tester ambik banyak-banyak kali. Plus orang-orang kat sini memang murah hati sangat. Tester dia bukan jenis ciput macam tester kat pasaraya-pasaraya kita nie, Tester dia sekali selonggok dia bagi. Seolah macam tak payah beli.

This is pecan caramel if i'm not mistaken. The taste is soooooooooooo delicious !!!

Kat Malaysia nie tak ada kacang pecan. Kat US bersepah. Harga dia boleh tahan gak lah kacang pecan nie. Pecan caramel nie mahal sangat weyh. Macam tak berbaloi lah bila convert duit Malaysia. Tu pasal tak beli biarpon rasa dia very the omaigad. Yang bestnya tu, Kelly's mother was planning to make us this when we spent time at her house. Kelly's mom is very good at cooking. She can cook many things. You name it. So we were very happy that time.

Look how happy Takafumi when Kelly told us this thing

Pon boleh =)



Malam pulak, kami cari tempat makan. Again, dorang cari tempat makan yang aku boleh makan sekali. So kitorang singgah dekat Spanky's nie. Sebab dia ada served seafood so i was very happy that time.


The price is okay, untuk harga US dollar okay lah, kau convert duit Malaysia memang kau takkan makan apa lah jawabnya. Tapi okay lah bagi aku. Tak de lah mahal sangat pon.



Satu yang korang kene bear in mind, American portion of food very big. So don't expect you get little. Gambar bawah nie ialah makanan aku. Fish something i don't remember. Is it fish sandwich. I don't know. The portion is quite big, can be eaten by two people. Aku siap bungkus bawak balik. Tak mampu nak habiskan terus.


Then habis makan kat Spanky's tu, kami pergi lagi kedai coklat tu. Saja nak ambik lagi tester. Hahahahaa. Dapat tengok pon sudah cukup buat hati nie gembira tau.


Yang ada cucuk-cucuk bulat tu nama dia apple cider. Apple yang dicelup dengan pelbagai perisa dan topping. Harga satu kalau tak silap 5 dollar. Aku ingat nak beli tapi benda macam nie sesuai makan dalam bilik dengan orang-orang yang kita rapat je. Sebab kalau makan dekat luar memang buruk lah nampak cara kita makan. Same as goes when we eat crab lah. Makan kat rumah lebih selesa. Ko nak terkangkang time makan pon tak kesah.

You choose your apple cider 

Memang tak senonoh


Sneak peak inside of Savannah's Candy Kitchen



Savannah's Candy Kitchen

Memang best sangat trip ke Savannah nie. Habis je jelajah kedai cokolat nie, kami pon beransur pulang. Aku kat dalam kereta, memang tidur jelah kerja nya. Penat sangat kot satu hari berjalan.

Pergi dan pulang

And the upcoming week was Thanksgiving Break. So nantikan entri my very first thanksgiving akan datang =)

Sedikit sebanyak, beban semakin kurang bila dah terupdate cerita-cerita America aku nie. Banyak sangat yang tak terupdate jadi macam satu kerja yang tak siap and buat ko asyik terfikir je.

See ya !


14 comments:

  1. Seronoknya pergi pantai! Aku dah lama tak ke pantai.

    Pasal monopod tu, bukan orang US je macam tu. Orang Canada pun macam tu juga. Mungkin sebab diaorang tak pernah tengok monopod untuk phone kot. Selalu orang pakai monopod untuk GoPro je dekat sini.

    Lagi satu, aku rasa benda yang kau makan tu fish and chips. Tapi, tak tahulah betul ke tak sebab fish and chips yang aku makan dekat Jasper, bentuk dia macam tu. ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah, dorg macam terkesima kan. tak sangka maju jugak orang Asia nie kan.
      yupp, aku pon rasa makanan tu fish and chips. hahahaha

      Delete
  2. yela handsome2 macam nie muka macam omputeh x de gf. hahaha

    ReplyDelete
  3. Mak aih! Bestnya la weh. Yang penting, monopod kena ada! Hahaha

    ReplyDelete
  4. zharif... pokok yang gantung2 tu pokok janggut adam nama kat malaysia.... memang cantik wooo klu letak kat umah... aku panggil pokok janggut.... ada gantung kat umah.... cantik wooooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah, i noticed that too at someone's house. and i'm not really sure if it's the same one like with what they have in America. tengok gaya sama. sama lah kot naaa =)

      Delete
  5. Goshh I'm drooling over the pictures! :9 Every thing here is totally beautiful including Taka lol aaaand the swing is cool xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboiiiiiiiiii ! =D
      Behave Najwa behave. hahahahahha.

      Delete
  6. bestnya melancong :-)

    ReplyDelete
  7. pehhhh nice! tybee island, one day sampai sana! in sha Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnn, semoga tercapai.
      yupp it is a very nice island =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...