Thursday, November 17, 2022

AEON Goal Bonanza

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Acara yang paling ditunggu-tunggu buat peminat bola sepak iaitu Piala Dunia semakin menghampiri. Kehangatannya kian terasa terutama sekali apabila banner dan iklan mengenai Piala Dunia sudah mula ditayangkan dan dipasangkan di layar-layar. Kehangatan ini juga turut dapat dirasai di pasaraya besar AEON di seluruh negara. 


Bermula 15 October ini sehingga 25 Disember, pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan di AEON Goal Bonanza yang mana peserta berpeluang untuk memenangi barangan merchandise Piala Dunia yang eksklusif. Aku percaya ramai yang berminat untuk kumpulkan merchandise menarik pasukan kegemaran mereka. Terutama sekali di musim Piala Dunia ini yang mana merchandise yang dikeluarkan khas dan eksklusif. 

Lebih menarik lagi, pengunjung berpeluang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara England dan Iran bersama lagenda bola sepak England iaitu Robbie Fowler di AEON Mall Tebray City, Johor pada 21 November ini. Siapa yang tak nak tengok bola sepak bersama lagenda bola sepak terkenal, ye dakk ?


Untuk pengetahuan semua, Robbie Fowler akan berkunjung ke AEON Mall Ipoh Klebang pada 20 November dan AEON Mall Shah Alam pada 22 November. Kunjungan ini bertujuan untuk beramah mesra bersama penyokong dan peminat Piala Dunia. Cara untuk memenangi pas eksklusif menonton bola sepak perlawanan England dan Iran bersama lagenda bola sepak Robbie Fowler ini, anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM580 untuk bukan ahli AEON dan RM480 untuk ahli AEON dan AmBank Credit Card.

Dengan pembelian sebanyak ini, anda berpeluang untuk memenangi pass VIP itu. Menarik bukan ? Apa tunggu lagi, ayuh ke AEON Goal Bonanza sekarang sepanjang festival ini berlangsung di AEON Malla berhampiran dengan anda. Ingat Piala Dunia, ingat AEON. Jom serbu sekarang !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...