Tuesday, March 15, 2022

Buffet Ramadan 2022 : Zebra Square Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bulan Ramadan semakin menghampiri. Oleh itu, banyaklah hotel-hotel dan tapak majlis mengadakan promosi buffet Ramadan untuk tahun ini. Begitulah juga dengan Zebra Square Kuala Lumpur dan Grand Pacific Ballroom Evolve Concept Mall. Mereka juga ada menawarkan buffet Ramadan 2022. Ikuti butirannya !


Promosi buffet Ramadan di Zebra Square Kuala Lumpur bermula pada 7 April 2022 sehingga 30 April 2022. Pengunjung sudah boleh mula riki-riki tarikh mana yang kosong untuk menempah slot berbuka puasa di sini. 



Apa yang menarik ditawarkan di buffet Ramadan di Zebra Square Kuala Lumpur ialah terdapatnya seleksi pilihan makanan masyarakat Melayu dan juga beberapa menu lain. Buffet Ramadan ini disediakan khas oleh Chef Mohamed Muzaffar dan juga pasukannya bagi menjamu pengunjung-pengunjung yang bakal berbuka puasa di sini. 




Antara pilihan makanan yang menjadi pilihan ialah Daging Gulai Utara, Ikan Masin Nenas, Ikan Bakar, Ayam Palembang, Kerabu Perut, Lempeng Kelapa dan Sambal Bilis dan macam-macam lagi menu kampung dan tradisional yang pengunjung dapat nikmati di buffet itu nanti. Hidangan pencuci mulut yang berwarna-warni pasti menarik perhatian semua pengunjung yang hadir. Pilihan pencuci mulut terdiri daripada pelbagai jenis kuih-muih tradisional Melayu.



Soal kemudahan seperti surau dan juga parkir kereta yang banyak tidak perlu risau kerana surau ada disediakan dan parkir kereta yang luas untuk pengunjung yang hadir. Walaupun kita masih dalam fasa pandemik Covid-19, ruangan di Zebra Square Kuala Lumpur ini mampu memuatkan seramai 300 sehingga 400 pengunjung dalam satu masa. Jadi, bolehlah pengunjung merancang untuk bawa keluarga atau rakan sekerja berbuka puasa di sini nanti.

Harga Buffet Ramadan 2022 : Zebra Square Kuala Lumpur

Dewasa : RM125/nett
Kanak-kanak dan warga emas : RM55/nett
Lokasi : No 18 & 20, Jalan Kampung Pandan, Off Jalan Tun Razak, 55100 Kuala Lumpur


Pembelian terawal slot berbuka puasa bermula 1 March sehingga 31 March akan mendapat 1 seating percuma dengan setiap pembelian 5 seating. Eloklah sekiranya kalian cepat-cepat tempah slot berbuka puasa di sini sementara ada promosi pembelian terawal. Sebarang tempahan, bolehlah menghubungi 017-570 7039 atau 017-251 6315. Kalian juga boleh terus email di info@moderndynamicgroup.com .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...