Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ini merupakan kisah dongeng bagaimana Moomoo menentang kekejaman Cruella Cowcow La. Kisah dongeng ini tiada kena-mengena dengan mereka yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia. Ikuti kisahnya !
Moomoo merupakan seekor lembu yang sihat dan membesar bersama kawanan lembu-lembu yang lain. Mereka tinggal di kawasan pergunungan yang indah dan damai di New Zealand. Rutin hariannya adalah meragut rumput-rumput yang sihat di kawasan pergunungan itu. Moomoo hidup serba-serbi cukup dan penuh kegembiraan.
Gambar sumber dari Google |
Tapi Moomoo perasan, bilangan kawanan lembunya semakin hari semakin sedikit. Moomoo tidak tahu mengapa dan menganggap kawan-kawannya yang hilang itu, berhijrah ke tempat lain. Moomoo pelik, bukankah kawasan ini merupakan kawasan terbaik untuk meragut rumput ? Kenapa mereka perlu berhijrah ? Moomoo bermonolog dalaman.
Pada suatu hari, langit begitu cerah, nampak seperti sebuah hari yang baik untuk meragut rumput. Tapi malangnya, Moomoo kelewatan bangun dan mendapati kawanan lembunya telah pergi. Dalam keadaan yang sangat panik, Moomoo keluar mencari kawan-kawannya. Malang sekali, Moomoo tidak dapat mengesan kemana pergi kawanan lembunya.
Moomoo pon meragut rumput bersendirian dan berasa sangat sedih akibat terpisah daripada kawanan lembunya. Dan ketika itulah, Moomoo mendengar satu bunyi yang sangat kuat dan menyeramkan.
"Apa tu ?!"
Moomoo panik dan tercari-cari di mana arah suara itu datang.
Suara itu milik Cruella Cowcow La. Moomoo pernah mendengar kisah kekejaman Cruella Cowcow La daripada kawan-kawannya namun tidak menyangka ia benar-benar wujud. Selama nie Moomoo menyangka ia sebuah cerita rekaan kawan-kawannya untuk menakutkan dirinya.
Siapakah Cruella Cowcow La ini ?
Cruella Cowcow La seorang yang sentiasa mendahagakan susu lembu pergunungan New Zealand itu. Lembu-lembu di pergunungan itu semakin sedikit bilangannya akibat perbuatan keji Cruella Cowcow La yang telah menculik satu-persatu dan meminum susu lembu-lembu itu sehingga mati.
Cruella Cowcow La dibesarkan tidak jauh daripada kawasan pergunungan itu. Pada suatu ketika dahulu, tinggal sepasang suami dan isteri di sebuah kawasan yang terpencil. Mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Seorang perempuan dan seorang lelaki. Namun apabila Cruella Cowcow La menjangkau umur 10 tahun, kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Sejak dari itu, beliau menjadi yatim piatu dan tinggallah mereka dua beradik di kawasan terpencil itu sehinggalah besar.
Cruella De Vil & Cruella Cowcow La |
Kakaknya, Cruela De Vil, telah menjaga adiknya bagai menatang minyak yang penuh. Namun apabila meningkat dewasa, kakaknya ditangkap oleh pihak berkuasa. Kakaknya memiliki obsesi terhadap coat yang diperbuat daripada bulu-bulu haiwan. Obsesnya terhadap coat bulu-bulu haiwan telah mengundang padah apabila impiannya untuk memiliki coat bulu yang diperbuat sepenuhnya menggunakan kulit anjing jenis Dalmatian diketahui pihak berkuasa.
Walaupun telah memiliki hampir 100 lebih jenis coat berbulu, Cruella De Vil tidak pernah merasa puas kerana impiannya untuk memiliki coat daripada haiwan berbulu hitam dan putih daripada kulit anjing jenis Dalmatian tidak tercapai lagi.
Beliau telah ditangkap oleh pihak polis atas jenayah yang telah dilakukannya dan telah disabitkan kesalahan di bawah kanun kekejaman haiwan. Pihak berkuasa telah merampas seratus lebih coat yang dimilikinya.
Cruella De Vil Mugshot |
Semenjak kakaknya ditangkap, Cruella Cowcow La tinggal bersendirian. Tiada siapa mengambil peduli akan khabarnya. Bahkan jiran tetangga juga tidak ambil peduli akannya. Sewaktu kakaknya ditangkap, beliau sudah berusia 18 tahun. Tidak menyangka, Cruella Cowcow La juga mempunyai obsesi yang sama seperti kakaknya iaitu kegilaannya terhadap haiwan berwarna hitam dan putih.
Itulah sedikit latar belakang mengenai Cruella Cowcow La yang menjadi ketakutan lembu-lembu di pergunungan itu. Berbalik kepada cerita Moomoo tadi, tatkala sedang panik mencari di mana datangnya arah suara itu, beliau telah diserkup dengan menggunakan kain putih dan membuatkan dirinya pengsan.
Apabila tersedar, Moomoo mendapati beliau kini di dalam kurungan yang kecil. Moomoo menjadi panik dan berasa sangat takut akan nasib yang akan menimpa dirinya nanti.
Moomoo menjerit, "Tolongg !!! Tolongg !!"
Moomoo kini dalam tahanan Cruella Cowcow La. Moomoo risau akan nasib yang bakal menimpanya. Puas beliau memikir cara untuk keluar dari kandang tahanan itu. Moomoo tiada cara lain selain daripada berunding dengan Cruella Cowcow La untuk melepaskannya.
Moomoo berdepan dengan Cruella Cowcow La dan memohon supaya tidak membunuhnya. Beliau mencadangkan supaya Cruella Cowcow La tidak meminum susunya, sebaliknya meminum susu Fernleaf UHT yang kaya dengan nutrien penting seperti kalsium, protein, vitamin A dan vitamin D yang bagus untuk tumbesaran.
Cruella Cowcow La meragui cadangan Moomoo itu.
Moomoo menjelaskan lebih terperinci akan kebaikan susu Fernleaf UHT untuk meyakinkan Cruella Cowcow La.
"Sungguh aku bercakap benar !" ujar Moomoo.
Fontera merupakan pakar tenusu yang mempunyai 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu dan susu Fernleaf UHT merupakan 100% susu perahan daripada lembu tenusu di New Zealand. Lembu-lembu tenusu tersebut bebas meragut rumput di sana kerana tanahnya yang subur, mempunyai kadar hujan yang baik dan cahaya matahari yang banyak. Rumput di New Zealand adalah sangat berkualiti tinggi dan merupakan salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu. Oleh sebab itu, lembu-lembu tenusu di sana menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput dan susu yang terhasil adalah secara semulajadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu.
"Minumlah susu Fernleaf UHT kerana ia sangat berkhasiat dan berkualiti tinggi", kata Moomoo kepada Cruella Cowcow La. Setelah mendengar penjelasan Moomoo, Cruella Cowcow La mencuba sendiri kenikmatan meminum susu Fernleaf UHT dan beliau terus jatuh cinta akan rasanya.
"Betul kata kau ! Rasanya persis tak ubah seperti susu kalian" - kata Cruella Cowcow La
Cruella Cowcow La akhirnya memutuskan untuk membebaskan Moomoo. Moomoo sangat gembira apabila beliau dibebaskan daripada kandang itu. Kini Moomoo bebas meragut rumput di kawasan yang dikehendakinya tanpa perlu risau akan diculik dan menjadi mangsa Cruella Cowcow La.
Cruella Cowcow La kini tidak lagi mengganggu kawanan lembu-lembu tenusu di situ malah menjadi kawan mereka. Beliau kini sangat gembira menikmati susu Fernleaf UHT yang 100% Mmmmm ! Pengakhiran nasib Cruella Cowcow La tidaklah seperti pengakhiran kakaknya, Cruella De Vil, yang mana beliau ditangkap di atas kekejaman yang dilakukan.
Cruella Cowcowla dan Moomoo hidup gembira buat selamanya.
- TAMAT -
Cerita dongeng Moomoo Menentang Cruella Cowcow La ini hanyalah rekaan semata-mata. Namun, fakta mengenai susu Fernleaf UHT bukanlah satu rekaan. Ianya berdasarkan fakta yang benar-benar sahih.
Apakah fakta susu lembu Fernleaf UHT ?
- 140 tahun pengalaman dalam bidang tenusu
- 100% susu dari New Zealand
- Lembu tenusu yang memakan rumput berkualiti di kawasan tanah yang subur
- Susu dihasilkan TANPA penggalak susu
- Mempunyai kadar nutrien yang tinggi (Kalsium, protein, vitamin A & vitamin D)
Oleh sebab itu, rasanya 100% Mmmmm ! Jom minum susu Fernleaf UHT !
Boleh saksikan kisah dongeng Moomoo Menentang Cruella Cowcow La dalam bentuk video. Klik link di bawah.
Maklumat lanjut mengenai susu Fernleaf UHT boleh klik pautan di bawah :
Website : https://www.fonterra.com/my/en.html
Facebook : https://www.facebook.com/fernleafmalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/fonterra.my/
Hebat penceritaan awak. Terhibur rasanya. Sedap betul Susu Fernleaf ni memang selalu beli.
ReplyDeleteTerima kasih Qiss, semoga terhibur ya dengan cerita Moomoo =)
DeleteKreatifnya awak Zharif, sejak susu Fernleaf dah ada packaging UHT ni beli ni je untuk anak kalau pergi travel. Lebih mudah nak bawa dan kalau nak minum susu tak payah dah nak bancuh. Perisa coklat tu sedap, nak lagi best minum masa sejuk. Fuhh layannn
ReplyDeleteTerima kasih kak Kinah =)
DeleteIt is very creative to bring the facts about Fernleaf UHT through a fun story and video.
ReplyDeletethanks =)
Deleteha ha ha ha ni entry yg lain dari yg lain.
ReplyDeletebyk kot aida komen entry pasal lembu itam putih ni.
tapi yg ni ohsem from u, zharif. terbaik lah...
what can i say, sama mcm yg lain la, fernleaf ni trusted brand.
tak de curiga bila beli. otai dah kan msia ni.
terima kasih kak Aida =)
DeleteTerbaik la Zharif...all the best..semoga Zharif dapat tempat pertama...hahaha...kenapa la akak x sekreatif Zharif erk...penat akak gelak baca kisah dongeng ni...
ReplyDeleteterima kasih Kak SA =)
DeleteHahahahaha.. now I c another side of you... :p
ReplyDeleteIt's a great pleasure to read ur story. Bravo to the happy ending...
Everyone drink Fernleaf.. yeah!
hahaha thank you Kylie =)
Deletewaa so creative, terhibur baca haha. Dah patot sgt dipilih unt pergi NZ nii, serious rooting for you! hehee. All the best! Anyway, mmg sedap susu Fernleaf UHT ni kan, haritu dah rasa yg full cream dgn chocolate, mmg 100% Mmmmm! 😁😋😋
ReplyDeleteAminnn. Semoga ada rezeki ke sana. Terima kasih ye Qeela =)
DeleteCayalah Zharif! Nanti sampaikan salam kak Nina pada Cruella Cowcow La ya... Hehe
ReplyDeleteGood luck bro!
baiklah Kak Nina. Cruella Cowcow La sudah behave skrg. tak jahat dah. hahaha
DeleteTerima kasih ye kak =)
Kemain drama ahaks , good luck semoga dpt ketemu mooomooo di Nz pula
ReplyDeleteaminnn, teringin jumpa kawan-kawan Moomoo kat sana. hahahaha
DeleteWeyhh, terhibur baca. Bagus betul imaginasi Zharif ni. Kreatif dan lain dari yg lain.
ReplyDeleteTerima kasih Emi =)
DeleteMashaALLAH..sejenis kegigihan ni dik oi! berapa lama nak buat semua ni Zharif? apa pun..akak terkagum dengan usaha awak ni. InshaALLAH..kalau ada rezeki dapatlah ke NZ nengok Moomoo kat sane. HAHAH! All the best ya~~
ReplyDeletesehari jugaklah nak siapkan. Aminn, semoga ada rezeki utk ke sana. Terim kasih ya kak =)
DeleteNice one! Lain dari yang lain :D
ReplyDeleteterima kasih Farah =)
DeleteKenapa rumput kemuncuk tu lagi tinggi daripada moo tu macam mana dia nak meragut silap-silap patah gigi moo tu wakakaka... Hehehe apa pun bagus lah jalan cerita yang menarik dan lengkap ok lah jumpa kat New Zealand gituwwww...
ReplyDeletehahahaha, rumput lupa nak tebas Maha. hahahahaa. Semoga berjumpa di sana nanti Maha kalau ada rezeki =)
DeleteTerbaik la sir zarif.kemainnn kreatif dia dalam diam hahaha.Ni betul2 berjaya buat orang nak beli susu fernleaf ni hahah.Gaya cikgu promote terbaiK!
ReplyDeleteterima kasih Amni =) Susu Fernleaf sangat berkhasiat tau. jgn lupa minum setiap hari =)
DeleteAkak sangat terhibur dengan video tu. Sangat kreatif. Susu fernleaf ni mmg fav anak akak. Memang hari-hari sarapan dengan susu frenleaf ni. Btw good luck!!!
ReplyDeleteterima kasih Kak Marsha =)
DeleteBestnya macam tengok cerita Indonesia ,walaupun tak logik tapi suka tengok
ReplyDeletecerita feveret kot masa kecik2 dulu kat TV3 . hahahaa
Deletewow comelnya lakonan awak I like... hahahah good luck zharif semoga menang ya ke New zealand ! harap jangan makan lembu tu sudah tau hahahahah tak sesuai sebab tu lembu susu heheheh
ReplyDeletethank you Syafiera =)
DeleteJalan cerita yang menarik walaupun sekadar cerita dongeng.. Sebab kreatif.
ReplyDeleteYang penting msg yang nak disampaikan adalah kebaikan susu Uht Fernleaf ni kan..
terima kasih ya =)
DeletePerghhhh terbaik lah Zarif. Terhibur akak baca, ni nampak gaya kena suh anak akak baca jugak ni..biar dia bersemangat minum susu Fernleaf..:D
ReplyDeleteterima kasih kak Hanny =)
DeleteWah xharif kreatifnya harap menang contest fernleaf ni .Lain dari yang lain gambarnya . Jalan cerita pun menarik
ReplyDeleteterima kasih Lia =)
Deletewahhhhh kreatifnya suka pula jalan penceritaan macam ni tapi hahahhaha kelakar, susu fernleaf memang 100% Mmmmm LEPAS TU SEdap dan enak, senang bawa kemana mana sebab tak payah chill dalam peti ais pun hehehehee
ReplyDeleteterima kasih Syafiera =)
DeleteHebat dan kreatif awak... suka the story.. hihihi fernleaf kena minum sejuk baru sedap.. anak-anak kak liez suka sgt klau letak dlm fridge.. goodluck ye
ReplyDeleteOk, antara ramai2 orang post tentang fernleaf rasanya yg ni paling best & kreatif
ReplyDeletePergh dia punya imaginasi dasayt betul..hehee..tapi fakta pasal susu tu nad percaya..hehee..susu fernleaf memnag sedap..dan boleh diminum seisi keluarga
ReplyDeletewah
ReplyDeleteini kalau tak menang tak tahu lah
hahaha
good luck
Kisah dongeng yang sangat menarik. Terbaik lah Zharif.. Memang kreatif
ReplyDeleteWaaah, kreatifnya wak. Best cerita nI.
ReplyDeleteHahaha, nak buat jahat tapi dah kena tazkirah oleh moo moo. Terbaik
All the best wak. Semoga ada rezeki ke NZ
Sedap susu fernleaf ni. Dah restock kat rumah untuk breakfast
penceritaan yang menarik. :)
ReplyDelete