Assalamualaikum dan salam sejahtera
Discover Australia di Kontiki Restaurant, The Federal Hotel Kuala Lumpur - Baru-baru ini aku berkesempatan mencuba menu-menu Australia di Kontiki Restaurant. Dan yang paling best, aku tak perlu bersusah-payah ke Australia nun jauh di sana untuk merasai makanan-makanan Australia. Walaupun dalam hati nie, memang nak sangat ke Australia.
Discover Australia with me |
Discover Australia ini merupakan kerjasama antara The Federal Hotel Kuala Lumpur bersama Hotel The Grace, Sydney Australia. Kerjasama ini disokong oleh Kedutaan Australia, AUSTRADE, Tourism Australia dan MLA Meat Livestock Australia dan Citibank.
Kerjasama ini akan menggalakkan hubungan baik antara dua buah negara dalam mempromosikan keunikan negara masing-masing dari segi keaslian dan kelainan dalam masakan. Malaysia memang kaya dan terkenal dengan masakan-masakan tradisional yang berbilang bangsa. Dengan kempen Discover Australia ini, ia menambahkan lagi kepelbagaian makanan yang sudah sedia ada.
Bersama Chef Darren Ho |
Menu-menu Australia ini disediakan khas oleh Chef Darren Ho yang dibawakan khas daripada The Grace Hotel Sydney dan Chef Tang Hou Chin dari Australia Culinary National Team bersama-sama dengan chef-chef dari Federal Hotel sendiri iaitu Chef Law Weng Seng, Chef Tan Kok Siong dan Chef Abdul Latif Mohamad Noor.
Negara Australia memang sangat terkenal dengan menu barbecue nya dan menu-menu BBQ Australia menjadi target pencinta-pencinta makanan di luar sana. Sebagai pencinta makanan, aku juga tidak mahu ketinggalan dalam mencuba menu-menu BBQ Australia di Kontiki Restaurant ini.
Dan yang paling best, kesemua makanan laut yang terhidang adalah segar. Pengunjung boleh rasainya melalui gigitan pertama. Wahhh ! Gigitan pertama gituee. Sebagai penggemar makanan laut, bab kesegaran sesuatu makanan laut itu, memang tak boleh tipu aku. Dan memang tak dapat dinafikan, makanan laut yang terhidang di sini sangat segar !
Bon apetit ! |
Buffet untuk Discover Australia ini juga menampilkan meni-menu pencuci mulut yang maha enak. Maaf tak dapat nak tunjuk kesemua dessert yang dihidang. Yang pasti, memang sangat pelbagai. Sampai rambang mata tak tahu nak mulakan dengan yang mana satu dulu.
Dan dessert paling win mestilah crepe dia. Memang sedap sangat ! Berpinggan-pinggan aku ambil. Sedap sangat !
Menu lain juga ada turut disajikan, cuma di sini aku nak highlight kan menu BBQ istimewa cara Australia yang menjadi tumpuan utama untuk kempen ini. Segera buat tempahan sebelum terlepas. Kempen ini hanya berlangsung untuk tempoh 2 minggu sahaja. Butiran adalah seperti berikut :
BBQ Buffet Dinner at Kontiki Restaurant
Mezzanine Level, The Federal Hotel Kuala Lumpur,
35, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Bermula 13 July - 29 July 2018 (Hanya setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Waktu : 6.00 PM - 10.30 PM
Dewasa : RM 148 nett
Kanak-kanak : RM 55 nett
Warga emas : RM 74 nett
Tel : 03-2148 9166
Website : www.fhihotels.com / www.gracehotel.com.au
Jom ramai-ramai mencuba BBQ Buffet Discover Australia di Kontiki Restaurant, Federal Hotel KL |
Sedapnya tengok seafood. Huwarghh, meleleh air liur bak ang. Rugi betul tak dapat join aritu. Kalah tak, boleh merasa Australian dishes. Kontiki memang selalu the best! Makanan semua sedp-sedap
ReplyDeleteYa allahhhh....kenapa Zharif...kenapa akak tgok time ni...aduhai terus rasa laparrrrrrrrr.....sygnya tak dapat join hari tu...harap lepas ni boleh la join lepas mak akak sihat sikit...
ReplyDeleteYa Allah rindunya Aussie....ada daging skippy(kangaroo) tak? Teringin nak rasa shippy nya..tapi hari tu xjumpa yg halal
ReplyDeleteTengok manisan Australia ni terliur. Tengok seafood pon terliur. Tapi kalau pergi ke Australia mana la nak makan benda2 ni sebab takut tak halal. Kalau makan kat Malaysia memang yakin la kan. Akak gi sana makan seafood cicerello's yang famous kat Perth tu. Tu lah sekali merasa. Hehe. Agak2 teringin akak gi sini je lah...
ReplyDeletefuhh..macam ni rupanya makanan ostolalia..seafood tu nampak segar betul..
ReplyDeleteTak pernah lagi try kontiki at Federal Hotel ni. Whoa! bestnye theme dia. Australia food look delicious betul. Teringin betul nak rasa. Next time ajak I sekali tau. :)
ReplyDeletewoww.. kerjasama dengan chef dari Australia.. mesti lain daripada yang lain rasa menu-menu dia kan? sedap je tengok .. terliur TB tau.. tapi TB terpandang pulak dessert dia tu.. nyum2.. baru nak diet tapi tengok gambar-gambar kat sini dah buat lapo pulak..
ReplyDeleteIngat orang Australia tadi ada iras-iran hehehehe cuma kurang kembang sikit jer wakakaka... Tapi kat sini memang suka sangat makan BBQ mereka semua sedap-sedap ada kambing, daging rusuk dan macam-macam lagi bestnya teringin nak pergi lagi..
ReplyDeleteya ampun, malam-malam tengok entry ni..terliur terus. Tak pernah makan mentah-menath seafood tu, tapi nampak sedap. Nk juga la rasa macam mana makan tu..hahaa..kek dia nampak sedap..alahaii..terliurr
ReplyDeletesedap2 belaka makanan yg dihidangkan tu..tetiba rindu nak ke event Australia hehe. Nampak gaya nak kena cepat la ke sana sebab masa terhad untuk mencuba rasa masakan chef Darren Ho dan chef-chef yg lain tu kan
ReplyDeleteWahhh tgok makanan dia buatkan sis ralat tak gi hari tu. Meleleh air lioq tgok pepagi ni. Banyk betul steak n seafood dia. Nak gi asutralia lah cam ni
ReplyDeleteWow the seafood look so tempting. So many food and the menu attract my attention. I want to visit the restaurant. Worth for gathering.
ReplyDeleteWah rindunya dengan australia. Akk mmg suka hidangan seafood dia semua mmg sangat fresh. Tapi hidangan yg ditawarkan nampk sedap2 belaka hehe
ReplyDeleteseronok la dapat makan seafood. semua nampak fresh dan sedap. interior pun lawa. berbaloi dgn rm148 tu
ReplyDeletetak payah terbang ke australia, boleh experience and discover australia.. so nice.. so many yummy food..!
ReplyDeleteSeafood & dessert semua nampak sedap & menarik. Banyak pilihan pulak tu . Berbaloi buffet ni bila lagi dapat merasa buffet makanan dari Australia kan. x payah dah pergi jauh2 kan .
ReplyDeleteBestnya...dpt merasa masakan chef australia ke? Tgk menu2 seafood dia pehhh menggiurkan betul.... Kita dhla hantu seafood.. Dulu penah berangan nk makan ala2 kat australia sbb kwn penah kata sdp kat sne.. Tp nk cri yg halal tu ssh skit.. Tp bila dh de kt sini okla kan..
ReplyDeletemakanan nampak sedap, teringin nak cuba. followback pls
ReplyDelete