Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah, pada bulan December tahun lalu, aku telah dijemput oleh Travelogue Malaysia untuk sama-sama mengikuti mereka meneroka kecantikan dan tempat-tempat menarik yang terdapat di Perak. Tanpa berfikir panjang, aku terus bersetuju. Dan ternyata, ia memberikan banyak kenangan manis buat aku.
Since aku update entri berterabur dan tidak mengikut turutan masa, jadinya aku khaskan entri nie untuk susun itinerary penuh sepanjang travelogue South Perak berlangsung.
Day 1 (16 December 2017)
Perjalanan bermula di LRT Kelana Jaya. Kami berkumpul di situ sebelum memulakan perjalanan ke Perak. Jam 4 pagi aku bertolak dari rumah tau. Ayah aku gigih hantar pagi-pagi buta ke LRT Kelana Jaya. Terus bertolak ke The Haven Ipoh dan kami bermalam di sana selama 2 malam. Cantik The Haven nie. Korang boleh tengok lebih details pasal The Haven dekat blogpost nie : THE HAVEN
Kitorang tak buat apa-apa pon sepanjang satu hari nie. Just check in The Haven je. Lepastu masing-masing bantai buat entri-entri tertunggak dalam bilik. Menyesal pulak tak menggunakan waktu lapang ini untuk mandi di swimming pool indah yang terdapat dekat sini. Sampai kami check out, kami tak sempat nak merasa mandi dalam pool. Sedih kan ?
Day 2 (17 December 2017)
Hari kedua agak pack sedikit. Kami seharian menjelajah bandar Ipoh diiringi oleh Majlis Bandaraya Ipoh. Macam-macam tempat kami pergi. Boleh baca blogpost Ipoh di sini :
Pulang semula ke The Haven untuk bermalam.
Day 3 (18 December 2017)
Sebaik sahaja bersarapan di The haven, kami pon check out menuju ke destinasi seterusnya iaitu Gaharu Valley. Ini merupakan pertama kali aku dengar nama tempat nie. Jadi aku agak tertanya-tanya apa yang ada di sini.
Pepatah Melayu ada mengatakan Sudah Gaharu Cendana Pula, Sudah Tahu Bertanya Pula. Rupanya nama Gaharu tu merupakan nama pokok. Aku baru tahu. Lol
Gaharu Tea Valley mempunyai keluasan seluas 300 ekar yang menempatkan 200 ribu pokok Gaharu. Memang luas sangat tempat tanaman pokok Gaharu nie. Untuk pengetahuan korang, pokok gaharu nie menghasilkan satu jenis minyak yang sangat berharga nilainya. Boleh mencecah puluhan ribu ringgit tau.
Di Gaharu Tea Valley nie bukan semata-mata tempat tanaman pokok Gaharu sahaja. Tetapi telah dikomersialkan supaya lebih ramai pengunjung hadir ke sini. Pengunjung boleh memeluk pokok-pokok Gaharu yang dipercayai membawa tuah kepada sang pemeluk. Aku pon tak ketinggalan untuk memeluk pokok-pokok di situ. Hihi
Seperti yang aku beritahu tadi, nilai pokok gaharu nie sangat tinggi. Di galeri yang disediakan di sini korang boleh lihat harga-harga serpihan batang pokok gaharu. Memang mengucap panjang bila lihat tanda harga. Mahal namatey !
Minya gaharu dijadikan ubat-ubatan, minum-minuman untuk perubatan, minyak wangi, pencuci mulut dan macam-macam lagi. Semua produk yang berasaskan pokok gaharu ada dijual dan diproses di sini. Boleh datang jenguk ke kedai yang dibuka kepada pengunjung untuk beli produk pilihan korang. Macam-macam ada.
GAHARU TEA VALLEY GOPENG
LOT 9840, KAMPUNG SUNGAI ITEK, GOPENG
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari ( 9.00 AM - 6.00 PM )
Tel : 05-351 1999
Website : http://www.gaharu.com.my/
Seterusnya kami gerak ke Tanjung Tualang Tin Dredge No 5. Untuk cerita TT5, korang boleh baca di sini : TT5
Then ke Refarm yang terletak di Kampar Perak. Untuk cerita yang nie, korang boleh baca di sini : REFARM
Seterusnya kami menuju ke Felcra Changkat Lada Bandar Seberang Perak untuk bermalam di sana. Seronok tinggal di homestay nie. Dapat keluarga angkat dan kedatangan kami disambut mesra daripada orang-orang Felcra Changkat Lada. Korang boleh baca pengalaman pertama aku menginap di homestay di dalam blogpost ini : FELCRA CHANGKAT LADA .
Day 4 (19 December 2017)
Sebelah pagi, pihak Felcra membawa kami ke penghasilan madu kelulut dan kebun buah. Lepastu kami terus menuju ke Felda Residence Hotspring Sg Klah yang terletak di Sungkai Perak. Di sinilah tempat kami menginap yang ada private jacuzzi tu. Memang syiok gila lah ! Untuk entri ini, korang boleh baca dengan klik link nie : FELDA RESIDENCE HOTSPRING SG KLAH
Selepas check in dan meneroka Felda Residence, kami bertolak menuju ke Risda Eco Park untuk berwater rafting. Ya Allah sumpah best gila !! Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Korang boleh baca lebih details kami berwater rafting di sini : RISDA ECO PARK .
Sebaik selesai aktiviti di Risda Eco Park, kami singgah makan malam di Pak Awang Mee Hailam Gearbox. Memang terbaik mee hailam gearbox Pak Awang nie. Boleh baca full review makanan di sini di link berikut : PAK AWANG MEE HAILAM GEARBOX .
Day 5 (20 December 2017)
Kami menjelajah Felda Residence Hotsprings sekali lagi, pada belah pagi tu sebelum check out. Dapat pakai scrub algae semula jadi yang baik untuk kulit muka. Tips dari Pak Said yang sangat peramah dan baik hati tak jemu melayan soalan-soalan kami.
Sebaik sahaja check out, kami bertolak ke Tanjung Malim untuk meneroka tempat-tempat menarik di Tanjung Malim. Ternyata, memang banyak tempat-tempat menarik di Tanjung Malim yang aku tak tahu. Selama 4 tahun bermastautin di Tanjung Malim, tak pernah pulak aku dengar/jejakkan kaki ke tempat-tempat ini. Nak tahu tempat-tempat menarik di Tanjung Malim ? Korang boleh baca di link yang berikut : TANJUNG MALIM .
Tengahari tu kami singgah makan tengahari di Rumah Makan Sri Muallim. Tengah viral rumah makan nie tau. Korang pon kena terjah ke sana. Boleh tengok betapa indahnya konsep rumah makan nie dekat link berikut : RUMAH MAKAN SRI MUALLIM .
Sebaik sahaja meneroka Tanjung malim, kami check in ke hotel bajet tapi mewah di The Summit yang terletak di Slim River. Ini emrupakan penginapan terakhir kami untuk travelogue kali ini.
Kedudukan Hotel Summit nie sangat strategik kerana ia terletak di tepi jalan dan berhampiran dengan segala kemudahan seperti kedai dobi, pasaraya, keda-kedai makan dan banyak lagi. Pokoknya, memang sesuai diajdikan tempat penginapan untuk seisi keluarga.
THE SUMMIT SIGNATURE HOTEL
Jalan Perdana 5, Pusat Perniagaan Slim Perdana,
35800 Slim River, Perak Darul Redzuan.
Tel : 05-452 8993
Email : sales@summitsignaturehotel.com
Website : http://www.summitsignaturehotel.com/
Room rate The Summit Signature Hotel
Aku rasa hotel nie sangat sesuai dijadikan salah satu option kepada mereka yang belajar di UPSI ketika musim konvokesyen. Tiap kali musim konvo, hotel sekitar Tanjung Malim akan penuh sepenuh-penuhnya. So korang boleh jadikan hotel nie sebagai option ketika hari konvo sekiranya hotel-hotel bajet di Tanjung Malim penuh.
Dekat pon dekat dengan Tanjung Malim. So aku rasa tiada masalah untuk jadikan hotel nie sebagai option. Lagipula room rate dia boleh tahan murah dengan kemudahan yang ada di hotel ini.
Day 6 (21 December 2017)
Kami sangat berpuas hati menginap di hotel ini. Selesa dan bersih. Terima kasih The Summit Signature Hotel for having us. Masa untuk kami check out dan pulang ke Kuala Lumpur.
Kami bertolak ke KL pada tengahari. Dengan ter-check out nya kami dari hotel tu, maka tamatlah Travelogue South Perak kami. Sebelum semua pulang ke rumah masing-masing, kami pekena laksa terlebih dahulu untuk mengisi perut.
Thank you to everyone who made this trip a successful one. I am truly happy and blessed to be surrounded by positive people like them. May our friendship last till forever. See you guys again in other travelogue trip, insyaAllah.
--------------------------------------------------------------
Memang best sangat Travelogue ke South Perak nie. Penuh dengan aktiviti. Dari satu tempat ke satu tempat. Banyak pengalaman baru yang aku tempuh sepanjang trip ini dan juga berpeluang melawat tempat-tempat yang aku tak pernah lawati sebelum nie. Terima kasih banyak-banyak kerana memilih aku sebagai salah seorang writers untuk familiarisation trip ke South Perak ini.
Ouh ya, travelogue South Perak tidak akan berjaya tanpa sponsor-sponsor yang menaja perjalanan kami dari mula sehingga ke akhir. Terima kasih buat Perodua Malaysia kerana menaja pengangkutan kami sepanjang trip ini. Alhamdulillah ebrpeluang merasai sendiri berada di dalam Myvi 2018 yang baru ini. Spek Myvi 2018 ini memang sangat terbaik, dan tak hairanlah penjualannya sangat menggalakkan pada minggu pertama tempahan dibuka.
Website : Perodua Malaysia
Terima kasih juga buat 888TeaCoffee kerana menjadi penaja untuk travelogue South Perak nie. Perjalanan kami disegarkan dengan minuman dari 888TeaCoffee. Kegemaranku haruslah teh tarik dan juga white coffee tu. Bila minum je barulah segar nak drive kereta. Terima kasih untuk bekalan minuman ini kepada kami 888TeaCoffee.
Website : 888TeaCoffee
Terima kasih juga buat Canon Malaysia kerana sudi menaja 3 kamera sepanjang trip ini berjalan. Kamera yang diberikan kepada kami ialah Canon EOS M10. Apa yang aku boleh cakap, aku sangat berpuas hati dengan kamera ini. Hasil gambar yang sharp dan cantik terhasil menggunakan kamera model ini.
Sebagai seorang blogger, kualiti gambar sangat penting. Oleh itu, aku sangat memerlukan kamera yang berkualiti yang mampu menghasilkan kualiti gambar seperti yang aku tetapkan. Dan aku dapati kamera Canon EOS M10 menepati kualiti yang aku tetapkan.
For those yang kerap tanya, kamera apa yang aku gunakan sepanjang trip ini, inilah kamera yang aku gunakan untuk abadikan kenangan dalam blog aku sepanjang Travelogue South Perak ini berlangsung. Korang boleh layari website Canon Malaysia untuk membeli.
Harga Canon EOS M10 di pasaran ialah RM 1999.00. Tapi korang boleh beli dengan harga RM 1499.00 di Lazada dengan waranti kilang selama 3 tahun. Boleh klik di pautan ini : CANON EOS M10
Website : Canon Malaysia
Tak lupa juga nak mengucapkan terima kasih pada wakil Tourism Malaysia, En Shafiq yang bersama-sama kami dari mula perjalanan sehingga ke akhir trip Travelogue South Perak ini. Dan tak ketinggalan penganjur trip ini, Travelogue Malaysia yang dikelolai oleh www.borakkita.com. Terima kasih buat semua yang terlibat dalam memastikan travelogue ini berjalan lancar. Terima kasih !
Entri ini bersempena familiarisation trip Colours of Lives Travelogue Malaysia selama 6H5M
ke Selatan Negeri Perak yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia.
Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat
Perodua Malaysia, Wangi World HQ, Canon Malaysia, 888TeaCoffee
kerana telah menaja travelogue kali ini.
ke Selatan Negeri Perak yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia.
Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat
Perodua Malaysia, Wangi World HQ, Canon Malaysia, 888TeaCoffee
kerana telah menaja travelogue kali ini.
nice place to visit...
ReplyDeletewoowww!!! entri keseluruhan yang menarik untuk dibaca.. Suka & terpaut bila membaca setiap perjalanan di Selatan Perak.. Banyak gak tempat yang boleh dilawati rupanya di selatan Perak!!
ReplyDeleteAlahai comel peluk pokok tapi sebenarnya da lukisan. Boleh buat rujukan kalau sampai Perak. Tq for sharing your experience
ReplyDeletewow menarik ni zharif. untung dpt jemputan utk travel. alhamdulillah.
ReplyDeleteAida and famili lom dpt merayau serata perak lagi.
baru 1 trip kot kami holiday ke perak.
in shaa Allah akan ke perak lagi.
done follow u, zharif.
Tunggu balik semenanjung baru boleh terjah lokasi ini. Maybe boleh overnight semalam Dua.
ReplyDeletemantap :) semua detail ada nice!
ReplyDeleteWhat an enjoyable trip! Thanks for the introduction next time I'll check out those places when I'm travelling to Ipoh.
ReplyDeleteMacam2 tempat best huda baru tahu. Thank sharing
ReplyDeleteMenarik tempat2 yg dilawati tu.. terasa nak pergi juga tengok gaharu tea valley tu. Pernah tengok gaharu tapi tak pernah tengok yg mcm tu.. thanks sharing :)
ReplyDeleteseronoknya jalan2 sambil kutip pengalaman.. biarpun di negara sendiri, rupanya macam2 ada kan
ReplyDeleteKak lisa org perak pun tak pernah sampai lgi kat sini, insyaALLAh da rezki balik perak boleh singgah. hotel tu pon nampak cantik sgt.
ReplyDeletezharif macam dah tour satu perak je ni, hehe. Baguslah explore negeri2 kat malaysia ni dulu.
ReplyDeletekamera tu senang tak bawak kehulu kehilir ke event? huhuhu.. Nurul tengah survey juga sebenarnya ni.. tapi risau akan menyusahkan nak bawak nanti..
ReplyDeletejust nice lah Nurul. Tak berat mcm DSLR pon. kualiti gambar pon bagus. Boleh flip screen untuk selfie. boleh terus transfer ke handset guna wifi. and sebagai seorang yang sentiasa berkata dalam diri bahawa kamera iphone saja dah cukup, ternyata bila diberi peluang pakai kamera nie, rupanya perlu juga untuk ada kamera. sebab banyak function yg ada pada kamera, tak ada pada camera phone. hatta iphone sekalipon. so Zharif mmg recommend lah untuk beli kamera nie sbb zharif sgt berpuas hati dengan kualiti gambar yang terhasil.
Deletebestnya pengalaman mcm ni.. jeles plak.. yg sponsor tu semua best
ReplyDeleteBest kan perak.. cewahhh.. promot negeri sendiri walhal sendiri pun x habis explore lagi.. haha.. papepun seronok tengok trip korang
ReplyDeleteNak peluk jugalah pokok gaharu tu. Siap ada zirafah! Tak pernah lagi jenjalan sekitar Perak. Banyak tempat menarik ghupanye. Sienny nampak lain la dengan jean and spek hitam. Berbeza sangat
ReplyDeleteseronok dapat jalan2, nak-nak pulak kalau free sponsor.
ReplyDeleteSeronoknya percutian. Part paling menarik adalah harga kamera tu...waaaaa nak juga la satu...
ReplyDeletebest nyer! banyak tempat korang pergi
ReplyDeleteZharif bestnya awak ronda-ronda Perak, semua tempat yang awk g tu... Akak tak sampai lagilah. Makanan semua nampak sedap juga. Bolehlah nanti akak pergi jjcm dgn family :)
ReplyDeletePerak memang banyak tempat menarik untuk dilawati. Sehingga kini Admin pun tak selesai penjelahan di negeri Perak ni
ReplyDeleteBest...menarik kisah zharif coretkan untuk tatapan umum.. Suka baca blog ni.
ReplyDelete