Monday, February 16, 2015

Singapore for the first time

Assalamualaikum and Hi everyone =)

I'm so sorry for not posting anything after gave yall so much hope to read about my America journey. Hahahaha. Actually kan, I wrote two posts already about my America journey but I'm too damn lazy to finish it. Tambah-tambah kes pasal peluk-peluk artis kpop tu meletop masa tu, so iols pon tak berani lah. Kita hold dulu okay. So here we go, I went to Singapore on 2nd of January with my family. Naik kereta satu keluarga, bertolak malam dan sampai Singapore waktu pagi. 


Keluarga aku memang dah rancang nak datang ke sini masa aku dekat America lagi. Aku minta dorang tunggu sebab aku pon nak pergi jug Singapore. Sebab tak pernah jejak Singapore lagi kan. Seminggu je lagi aku dekat America masa nie.


Bertolak malam tu, kami tidur je sepanjang perjalanan. Tapi taklah tidur sangat. Kena berjaga-jaga juga takut ayah aku penat memandu. Kenalah tukar pemandu. Tapi knowing Abd azis, dia memang tak percaya dengan second driver. Kalau boleh, dia sorang je yang nak memandu. Lagilah yang memandu tu anak-anak dia, lagilah dia tak nak bagi. Ada trust issue di situ. Dia tak yakin anak-anak dia pandu sebab kitorang kira masih baru-baru juga ada lesen kereta. 

 

Then sambung perjalanan semula. Alhamdulillah selamat sampai Johor menjelang waktu subuh. Kitorang singgah solat Subuh dekat surau mana entah. Stesen bas somewhere in Johor I can't really remember. Then we ate breakfast first before masuk immigration Singapore. Memandangkan nilai mata wang bakal berubah so adalah lebih baik makan di Malaysia.



Actually, we went there not for a vacation. We went there to visit my mom's cousin. Kebanyakkan sedara-mara my mom semua dekat Singapore coz my arwah Nyai orang Singapore. 


Sedara my mom masa nie tengah sakit tenet. She was diagnosed a brain cancer tahap I don't know. Yang pasti after the surgery, she can't remember anything. Even her husband. She can't speak as well after the surgery. It was kind a sad to see her condition like that. But nak buat macam mana, jalani saja.

 

Muka-muka selebet tak mandi datang rumah orang

Borak-borak then balik. Dalam 3 jam jugak lah duduk kat rumah Pak Cik Saad nie. Tak tahu bila dapat jumpa lagi. Last time jumpa masa paman aku yang last kahwin which was almost 10 years ago.


Since kami pon tak bercadang nak bermalam di sana, takkan nak terus pulang kan? Bila lagi nak sampai ke sini. Entah kemanalah kami pergi masa tu. Singgah jelah mana-mana tempat yang senang cari parking. Susah rupanya nak cari parking kereta dekat Singapore nie. Tak boleh parking kereta sembarangan ya. Sila-silap haribulan nanti kena saman. 


Then dalam pada tengah cuba dok paham signboard-signboard dekat Singapore nie, we saw a man made lake. Singgah sat ambik satu dua gambar. Ye cuma kami tiga orang je yang turun. Yang lain malas, plus kene jaga kereta. Dah cakap takde parking takkan tak faham lagi. 




Marina Bay Sand. Beautiful !!

Kat sini pon terpusing-pusing juga. Dah lah kalau salah jalan, tempat nak u-turn teramatlah jauh. Menariknyakan, semua bangunan yang popular among tourist semuanya terletak dekat satu tempat. Baguslah perancangan bandar dia. Tak ada lah bersepah-sepah. Pergi dekat sini, consider ko dah datang Singapore lah. Kalau korang ada duit lebih, pergi lah Universal Studio Singapore tu. InsyaAllah one day nanti aku sampai sana. 












Belum habis lagi. Selagi nampak singa, selagi tu kita posing. Tu pasal ambik masa sampai 2 jam kat sini.



Masa kat sini, terpaksa bergilir dengan ayah. Sebab kereta parking tepi jalan je. Time aku kena jaga, memang tak selesalah. Sebabnya dekat jalan besar. Memang tak ada ruang parking tepi pon. Betul-betul dekat jalan utama. Nasib baik jalan tu ada dua tiga lorong. Aku pon pakai signal kecemasan tu. Nasib baik tak ada kena saman ke apa.


Maka itu sahajalah cerita aku pergi Singapore. Tak keluar duit sesen pon, I mean duit Singapore Dollar yang kitorang tukar tu tak terusik pon. Lepas dah puas bergambar dekat sini, kitorang pon beransur pulang.


Sebaik sahaja keluar dari Singapore, kitorang singgah makan dekat Desaru. Serius lapar gila masa nie sebab kami menahan lapar masa di Singapore. Takut nak makan dekat Singapore memikirkan pertukaran duit Malaysia Ringgit ke SGD. Hahahaha.




Lepas dah siap makan, kitorang pon meneruskan perjalanan pulang ke Selangor. Then ternampak ada satu istana nie, rasanya kerabat diraja Johor punya. Aku pon tak tahu nama dia apa. Maafkan saya. Since pintu depan dia cantik, so berhentilah sat, ambik sekeping dua gambar.


Alhamdulillah, seronok lah dapat "berjalan" luar negara satu keluarga walaupon cuma Singapore je. Masa aku kat US, bila pergi tempat cantik-cantik je, aku akan teringat family aku. Alangkah bagusnya kalau aku dapat share kegembiraan aku jelajah negara orang masa tu kalau ada dorang. Takpe nanti Zarep kaya, Zarep bawak semua. Bila kaya tak ada lah orang tindas and pandang rendah. Tibehhh.

Dah tu je. Kbai. See ya !

12 comments:

  1. Penat tunggu entri journey di America hoi. Hahaha. Anyway, best dapat jalan dekat Singapore kan? Tapi hmmmm most of the things there agak mahal. Sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tu memang best tapi mahal kan. takpe lah, asalkan dah jejak kaki ke sana. huhu

      Delete
  2. Lama gila tak jenguk2 zharif punye blog... wahhh dah besar dah anak mak sorang nie... ape kabar sihat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. busy sangat lah tu sampai tak jenguk kan. org tu pon dah jarang update >__<
      alhamdulillah sihat-sihat sahaja.

      Delete
  3. Assalamualaikum dik. ahhaha muka sekeluarga cute.. heheh bestnya pergi Singapore..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumsalam kak sheila =)
      terima kasih kak sheila sbb cakap cute, hihi
      alhamdulillah kak, best sangat dapat pergi satu family ^__^

      Delete
  4. balik Amerika dah macam muka Amerika lah sikit. kahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha carut lettewwww =P
      *terus ambik cermin, cermin muka sendiri*

      Delete
  5. Aku pon.. punyalah procastinate untuk update blog. Pastu, ayah aku pon sama weh , susah nak percaya kat anak-anak dia utk rotate drive bila balik ganu. Bila pergi holiday dengan the whole family rasa bahagia tak terkata. One fine day, Insha Allah. Nice entry bro!

    ReplyDelete
    Replies
    1. update lah jgn tak update. sunyi dh dunia blog sekarang nie tau.
      memang ebst berjalan satu family. nak-nak naik kereta pulak, perjalanan jauh. perghh best ooo
      thank you asyirah ^__^

      Delete
  6. finally nampak zharif kat upsi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke anon =) teringin jumpa anon pulak kt upsi. hihi

      Delete