Assalamualaikum and Hi everyone !
Program Teh Tarik Talk Show nie merupakan program tiba-tiba. Rasanya dalam masa 3 minggu je kot kami menguruskan program nie. Memang huru-hara lah jugak. Tetamu undangan untuk program Teh Tarik Talk Show ni adalah abang Izzhar, atau Dai Izzhar lah supaya korang lebih familiar. Program ini telah diadakan di ruang legar antara blok 9 dan blok 10 kampus baru UPSI, Proton City pada 30 March 2015.
Program nie bertujuan untuk beliau berkongsi cerita dan pengalaman selepas keluar dari program Dai Milenia kat TV3 tu. Salah satu intipati perkongsian beliau yang masih aku ingat sehingga ke hari ini ialah, bila dah ramai yang kenal, tetibe saudara-mara makin ramai. Time tulah semua nak mengaku ada bau-bau hangit dengan dia. Walhal sebelum nie tegur pon tak pernah tau. Dahsyat kan manusia sekarang nie ?

