Thursday, May 31, 2018

Majlis Pelancaran Aplikasi NIMPMOS di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Majlis Pelancaran Aplikasi NIMPMOS di Malaysia - 26 Mei yang lalu, aku berkesempatan menghadiri satu majlis pelancaran aplikasi telefon baru yang bertempat di Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Aplikasi yang dimaksudkan adalah NIMPMOS. Jom ikuti butirannya untuk tahu lebih lanjut mengenai aplikasi ini.

NIMPMOS APPS OFFICAL LAUNCH IN KL

NIMPMOS ialah sebuah aplikasi yang menggabungkan live streaming dan juga e-dagang. Era kini, live streaming di mana-mana. Bahkan di majlis-majlis rasmi dan besar, pasti akan ada live streaming. Kemudahan mengakses kepada internet dan kecanggihan teknologi, pengguna dapat melihat live streaming di mana sahaja mereka berada asalkan mempunyai kelajuan internet yang baik. NIMPMOS adalah salah satu aplikasi live streaming yang sedang meningkat naik. Kini, NIMPMOS boleh dimuat naik di peranti ios dan juga android.



Semasa majlis pelancaran NIMPMOS ini, Ms. Ines Yao, founder dan CEO kepada NIMPMOS ini telah menandatangani satu memorandum of understanding (MOU) bersama John Alfred Ritter, Pengarah Urusan Montgomery Securities LLC. Mr. Wadith Maalouf, Penasihat Blockchain Dubai juga telah dijemput untuk menjadi saksi kepada majlis menandatangani perjanjian kedua-dua syarikat besar ini.



Sebagai seorang yang memang gemar untuk tampil di live streaming, Ms Ines Yao percaya, NIMPMOS merupakan satu aplikasi yang mampu membawa impak kepada jenama-jenama atau majlis-majlis yang menjemput para influencer yang terkenal seperti instafamous dan sebagainya. Hal ini kerana, mereka akan membawakan lintas langsung majlis atau review produk berkenaan secara terus kepada penonton. Beliau juga percaya, melalui live streaming juga dapat meningkatkan pendapatan jenama-jenama yang menaja influencer-influencer terbabit.

Miss Ines Yao - Founder and CEO of NIMPMOS

John Alfred Ritter - Managing Director of Montgomery Securities LLC

Ketika majlis tersebut juga terdapatnya sesi amal di mana NIMPMOS telah menyumbangkan sebanyak RM 10 000 kepada 6 buah rumah kebajikan di sekitar Kuala Lumpur. Antara rumah kebajikan yang telah menerima sumbangan tersebut adalah Pertubuhan Baitul Rahmah, Baitul Ulfah Seri Kembangan, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary Setapak KL, Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Taman Megah Petaling jaya, Charis Home Kuala Lumpur dan juga Angel Children's Home Jalan Klang Lama KL.


Selebriti tanah air Namewee dan juga Joyce Chu juga turut menyumbangkan beberapa buah lagu dan persembahan ketika majlis pelancaran aplikasi ini.



Juga terdapatnya sesi cabutan bertuah. Memang bertuah sungguh kerana hadiah utama mendapat RM 30 000 tunai, manakala kedua mendapat RM 20 000 tunai dan ketiga mendapat RM 10 000 tunai. Bukan biasa-biasa nie.



About NIMPMOS
  • Terdapat beberapa cawangan termasuk di Taipei, Guangzhou, Kuala Lumpur dan Penang sebagai ibu pejabat.
  • Diuruskan oleh 30 orang staf di ibu pejabat Malaysia manakala cawangannya di Taipei tempat di mana ia merupakan pusat untuk melantik broadcaster-broadcaster.
  • Seramai 45 orang staf di Taipei dalam menguruskan operasi lebih dari 400 broadcasters dengan memantau prestasi mereka dalam melakukan live streaming dan juga mengaturkan jadual untuk mereka bersiaran live.
  • Di Guangzhou, kumpulan teknikal yang mengandungi seramai 36 ahli, mereka bertanggungjawab dalam mengekalkan dan menghasilkan features baharu untuk aplikasi itu secara berterusan.


Barisan media ketika majlis press conference berlangsung

Jom cepat muat turun aplikasi NIMPMOS yang terdapat di Google Store dan juga App Store sekarang.

10 comments:

  1. Saya suka applikasi baru. Zaman sekarang Kita hidup bergantung kepada apps. Memudahkan segalanye...mesti mau download ni

    ReplyDelete
  2. Persembahan ala ala kat outer space ke tu? Ni la first dengar aplikasi NIMPMOS ni. Bagus juga sambil berbusiness tak lupa mereka yang kurang bernasib baik. Berkongsi rezeki.

    ReplyDelete
  3. Ooo... Ada apps baru. Banyak apps terkini yang ada kat pasaran sekarang. Bagusnya inisiatif pihak NIMPMOS beri sumbangan pada rumah anak yatim. Moga NIMPMOS terus sukses.

    ReplyDelete
  4. Abit of topic but Ms Ines looks super young and beautiful! And wow..that's a whole load of $$$ for the lucky draw...you are right...whoever gets it memang bertuah giler! for the app itself...it is good to know that they are aiming for influencers to live stream during events...probably now everyone just got to bring tripods around to live stream stably...hahhaha

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Senang pulak kalau kalau apps macam ni especially untuk mereka yang selalu stream nak jual barang tu. Tak payah tunggu habis stream nak pm whatsapp sorang-sorang dah.

    ReplyDelete
  6. Nimpmos pulak dan sekarang ni hehehe banyak sangat apps yang hampir sama jer fungsinya tapi ia memberi variati kepada penggunalah nak pilih mana satu..

    ReplyDelete
  7. Tak pernah ada mana2 apps live streaming yg sis muat turun lagi. ketinggalan betoi kan.hahaha. setakat ni tgok live kat fb je..:)
    Nanti bolehlah sis muat turun apps ni..tgok apa yg menariknya yg diorg ada

    ReplyDelete
  8. Nampak menarik aplikasi Nimpmos ni. Thanks share pasal aplikasi nih. Nanyi saya doenload. Bagus aplikasi ni diwujudkan sebab kita boleh tengok live streamkng kat mana mana saja kan

    ReplyDelete
  9. Wah ada Nawawee lah . Macam2 aplikasi yer sekarang . Tapi aplikasi terbaru ni memang sesuai untuk blogger dan influencer Yang memerlukan internet berkelajuan tinggi . Tak sabar nak Cuba aplikasi ni

    ReplyDelete
  10. Wah menarik juga aplikasi ni.fon memang dah banyak sangat aplikasi hahaha nak download yang ni pula lepas ni nak tengok apa yang menarik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini