Assalamualaikum
Lembab benor aku nak buat post nie . Padahal kat rumah lenggang kangkung je . Okey jom lah sambung episode hari raya aku nie . Dah basi dah raya aku nie .
Hari Raya Keenam
Lepas solat jumaat , kawan aku ajak pergi beraya . Dorang nie time pagi-pagi xde lah pulak ajak beraya . Dah dekat-dekat matahari nak tenggelam baru lah ajak beraya .
First rumah aku pergi beraya rumah Farah . Kawan sekelas time form 5 , sekarang dia dah nak fly ke Canada . Ke dah fly dah ? Tak ingat lah dia fly bila .
yang paling kiri itu Farah =)
Masa mula-mula , memang ini jelah yang ikut beraya . But then bila kitorang pergi beraya rumah Termidzi , baru lah ramai sikit ahli nya .
Ramai kan =)
Habis je pergi rumah Termidzi , kitorang pergi beraya rumah cikgu sejarah kitorang masa form 5 , Cikgu Hasni . Best kot pergi rumah cikgu Hasni nie . Sebab nya dia jenis yang kelakar . Pandai melawak . Tapi aku agak kecewa sedikit bila dia tersilap panggil nama aku =( Sobs sobs
Macam mana cikgu Hasni boleh terlupa nama budak yang selalu tidur dalam kelas sejarah dia ? HOW CIKGU HOW ?
Sempat gak nak bergambar
Mee yang cikgu hidang santak sedap >__< Lupa lah nama nya apa , tapi katanya masakan orang johor . Mee jawa bandung kot nama nya . Kalau tak silap lah .
Dap dap ^^
Balik tu terus pergi rumah ustazah Alizawati . Rindu sangat dekat ustazah . Ustazah nie cikgu Syariah Islamiyah and Quran Sunnah kitorang , merangkap guru kelas juga . Dari form 4 sampai form 5 . So memang hubungan kitorang ibarat ibu dan anak . Eceyhh .
Aktiviti sebelom maghrib
Kamera nie lawa doh >__<
Nampak tak yang aku tengah busy telefon tu ? Actually ibu aku dah bising dah . Sebab dah plan nak pergi ke suatu tempat . Tapi aku tak balik-balik .
Balik rumah cepat-cepat , solat maghrib kejap terus blah naik kereta satu family .
Cukup 5 beradik , aku anak kedua oke .
My ibu nak belanja kitorang satu family makan dekat Q Thai Avenue Restaurant ( Sizzling and Steamboat ) . Dah lama dah ibu aku rancang benda nie tapi malangnya , bila adik perempuan aku balik asrama , adik laki aku pulak xde . Dan begitu juga sebaliknya . So tak pernah complete lah . Raya je yang semua ada . Cukup 5 beradik kat rumah .
Ini baru sikit yang kitorang ambik
Celup jangan tak celup , bakar jangan tak bakar
Aktiviti memasak dimulai
Zharif nie serious sangat lah -__-
Ayah aku pon tak nak kalah oke
My ibu sentiasa bersedia untuk kamera
Kebatakan teserlah
Masa untuk makan
Gigit jangan tak gigit ibu
Perut tak kembung , tapi mulut yang kembung . acano tu ?
Gilos
Adik beradik aku
Dah habis dah ^__^
Best gila lah masa nie . Ambik makanan tak ingat dunia . Makan sebanyak mana yang kita suka . So gasak lah kan . Tapi kene ingat , kalao tak habis makan , setiap 100 gram kene bayar extra 10 hengget . So nak ambik tu kene beringat jugak lah .
Restoran QThai Avenue
Satu kepala untuk steamboat sahaja , RM 23 . Untuk yang sizzling dan steamboat macam yang keluarga aku nie , RM 27 satu kepala . Air lain harga . Terima kasih ibu belanja kitorang semua makan =) Lenkali belanja lagi yer . Huhu
Hari Raya Ketujuh
Jam 8.30 pagi dah bersiap nak pergi beraya dengan kawan-kawan . Satu rumah je tapi agak jauh . Aku pergi beraya rumah Hafizi .
Hafizi , gambar kedua paling kiri .
Alolo syazwan comelnya =)
Ayam KFC pulak dia bagi >__<
Malam nya pula , aku dan keluarga beraya ke rumah Marini . Masih lagi ingat akan si gadis yang bernama Marini ? Sila rujuk hari raya episode 3 yerp .
Makan lagi ^__^
Muka happy dapat makan
Makhluk yang baju kuning tu datang rumah aku petang , so kene angkut dia sekali pergi beraya rumah Marini . Baju kuning tu pinjam tu , tak tahan >__<
Hari Raya Kelapan
Tak pergi beraya pon , cuma pergi berdua dengan si Faries makan Tutti Frutti yang baru bukak dekat Banting nie . Masa first day bukak , santak ramai yang pergi >__< Kitorang pergi hari ketiga kedai tu beroperasi . Orang pon dah kurang sikit tapi still ramai .
Ada diskaun , tu yang pergi tu . Almaklumlah , baru bukak kan . Huhu . Macam-macam ada dekat Banting nie . Tak payah nak pergi jauh-jauh . Kat Banting pon dah cukup .
-------------------------------------------------------------------------
Ini sahaja episode raya aku untuk tahun ini . Cukup lah sampai hari raya kelapan je aku cerita . Beraya pon cuma seminggu je . Hari lain semua dah busy kerja , dah busy nak sambung belajar . Banyak rumah tahun nie aku tak raya . RUGI ! RUGI ! RUGI !
PESANAN PENAJA
" Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-55 Malaysia "
Seronok pulak main colour-colour kat muka . Facebook aku upload lain , twitter pon aku upload lain . Pokoknya , semua nya lain . Kalau nak tengok , boleh lah klik icon yang kat tepi kiri korang tu .
Entri akan datang , aku akan bercerita tentang percutian aku ke Genting Highland =)
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .
See ya !
best entry =) yang pic conteng2 muka tu ? haha . kelakar =) but .. PATRIOTIK sangat ^_^ hahaaaa
ReplyDeletehahaa terima kaseh =)
DeleteTuti frutty sgt sedap..btw gmbr aku hensem2 oh =P
ReplyDeleteyerkk >__<
Deleteselamat hari raya!
ReplyDeleteselamat hari raya juga =)
DeleteI wish boleh raya banyak rumah hari tu. Rindu orang Malaysia (:
ReplyDeletetulah kan , banyak rumah tak raya . tak sempat >__<
Deleteentah bila lah kan orang tu balik malaysia lagi =)